Thursday, February 6, 2014

The power of Doa

Dalam satu perkongsian ilmu.. Seorang ust ada menceritakan tentang kekuatan doa. Ya, senjata org mukmin itu adalah doa. 

Mungkin kita tidak sedar ada Waktu atau Tempat dimana doa yg paling mustajab. Ada 20-22 semuanya tapi aku lupa. Kena check blk dlm notes kat opis. Hahaha 
Ye la.. Alang2 nak minta biar sungguh2 dan pilih waktu atau tempat yg plg afdhal la kan 😁

Apa yg menarik utk aku kongsikan disini..
Adalah pengalaman ust itu sendiri. 

Katanya..pengalaman umrahnya pada tahun bila (aku lupa) adalah yg paling TRAGIS dlm sejarah hidup dia sepanjang 12 thn ni. 

Katanya..pada waktu itu dia begitu terasa dgn kesempitan hidup. 
Ada isteri, anak baru 4 org..living cost..umah sewa, kereta saga lama..
Jadi dia nak try saranan sapa tah yg ckp kalau nak betul2 doa sekali bg 'figure'. 

Apa yg ust nak sampaikan.. Di antara Waktu yg paling mustajab utk berdoa adalah waktu antara azan dan iqamat. 

Kesempatan itu diambil beliau ketika muazzin selesai melaungkan azan isyak di masjidilharam. Beliau di aras 2 masjidil haram ketika itu. 

Beliau berdoa sedikit sebanyak bunyinya seperti ini:

Ya Allah, aku masih lagi menyewa rumah dgn amount xxxx, kereta pun kena byr xxx setiap bulan, nafkah utk isteri dan 4 org anak lebih kurang xxxx jadinya total semua xxxx.....

Sambungan doa dia aku kurang pasti....
Elok selesai dia berdoa..iqamat pun berkumandang dan terusla imam mengangkat takbir utk solat isya. 
Alfatihah pun dibaca.. Aamiin. 
Imam pun baca ayat dlm surah apa aku tak sure. 

Tetapi ayat yg di baca imam itu sangat meruntun qalbu ust tersebut..

Aku yakin ust tu faham bahasa arab sbb tu dia faham maksud ayat yg dibaca imam. 

Kata ust.. Dia terkejut bila imam baca ayat yg berbunyi maksudnya sebegini:
'Kalau aku bagi harta pada kamu, nanti kamu jadi jahat..'

Menggigil ust tu sepanjang 4 rakaat solat isyak..
Dalam byk2 surah kenapa imam baca ayat tu?
Adakah Allah mahu menegur beliau atas doa yg dipohonkan tadi?
Dia dah salah minta doa ke tadi?

Selesai saja solat isya terus ust tersebut meluru menuju ke multazam. 
Ya, multazam merupakan Tempat di mana doa mustajab. 
Tangan kiri sentuh hajarulaswad, tangan kanan sentuh pintu kaabah dan pipi kanan letak kat dinding multazam. 
Menangis2 ust minta ampun..
ya Allah, aku taubat x minta dah duit..ya Allah..
Kau bagilah aku ilmu ya allah.. Ilmu sebagaimana kau beri pada si fulan, si fulan dan si fulan ...

Ya..minta Ilmu la sebaik2 nya dari minta harta kan 😁

Sebenarnya.. Aku teringat kisah ni bila baca ayat yg aku attached sekali tu. Maybe ayat 27 dlm surah as syura kot yg di baca imam pada waktu tu. Wallahua'lam 


3 comments:

  1. Allahuakbar! macam2 cara Allah nak menegur hambaNya kan sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak Q..sayangnya Dia pada kita..
      walau sering buat dosa..Dia tetap mau pandang doa kita...huhu

      Delete
  2. Hello Harnidah, as my bahasa out of tune, not familiar with this subject, will wish you a best regards.
    You keep well....
    Lee.

    ReplyDelete