Saturday, November 30, 2013

Krabi-Songkhla-Hatyai Day 1


2 Nov 2013
Departure : Kulim, 7am
Destination : Krabi
Activity : Krabi nite market

Dah lama adik aku habaq kat KOMTAR selalu nampak ada van yg chartered pergi Hatyai..
tidoq semalam ja sana baru berapa ringgit..
jom la pi..
makan sedap2 kot..
tapi tu la..tunggu depa punya survey..berjanggut aih...

last skali kakak terus tanya ja kat agen yg urus budak2 skolah dia dulu..
alang2 pi Hatyai..awat kita tak lajak sekali pi Krabi kan...dah dekat..
so..kami semua setuju jer la..
minta quotation agen..
ni kira first time ni ikut road tour masuk sempadan..
selalu road tour ni dalam negara ja..hahahaha

dalam rombongan ni semua ahli keluarga ada kecuali adik bongsu dan adik ipaq..
x pa..kami tolong pi makan bagi pihak hampa na..

dari Kulim ke Bkt Kayu Hitam tak lama mana..dalam 2 jam jer kot..
van pick up dari rumah jer..


nasib la van besaq..selesa..menarik..plat siam ok..don't play-play..hahaha

si kecik ni..busuk ok..x mandi..kejut pagi2 salin diaper terus angkut masuk van..

tapi  si kenit ni peghak sket..dan penakut..
tak pernah naik van la katakan..
mula2 naik tak mau duduk atas seat..
dah satu hal kena riba dulu...
dia biasa naik kereta saja..hahaha

sebelum sampai border..kami stop kat Napoh isi minyak and pi toilet..
pastu singgah mana tah kira macam R&R..kat sini tukaq duit murah...
mmg banyak bas, van, kereta stop sini before masuk border..


ni sampai sempadan..tengah q kat imigrsen Malaysia..
budak ni dah dpt mood dia..

pantang nampak rakan sebaya..mula la dia p menegur...
padahal sapa pun x paham dia cakap apa..  :)


Adeena pun mood ok lagi pagi ni..


our transport and driver

interior dalam van ni diorang dah ubah jadi cantik sangat..
kata agen..kat Siam van ni kira biasa..belambak..
selalu kat Siam depa nak confirm sewa depa suka tengok van dulu..
agaknya kalau van cun..baru depa confident sket kot..hahaha
kalau x silap diorang abis dlm 25k utk interior van..


lepas stop chop passport kat imegresen kita..
naik van about 500m ke imegresen Thailand pulak..
Danok.

ramai beb org nak masuk Siam..
q panjang walaupun aku rasa ada dalam 20 kaunter imigresen..

nampak bendera bawah ni?  ;)


perkara paling aku tak suka..
masa dok q nak p chop passport terang-terangan bendera atas ni kat laluan..
ni simbolik ke apa?
actually..kami diberitahu oleh agen 
imigresen Siam ni depa nak kita bagi sorang seringgit untuk setiap passport yg depa chop..
konon duit semangat kerja la..

puiihh..rasuah terang-terangan..
kerajaan dah bayar gaji udahla..
boleh pulak nak duit kocek..
banyangkanla sorang selit seringgit celah passport tu hulur kat depa untuk chop..
aku tengok ramainya manusia setiap hari mesti beribu2 yg masuk..
agak2 berapa depa boleh dapat?

kalau x bagi siap tanya ok..
tak pun terus muka masam toya jer and lempar jer passport kita..
dan dan buat kerja pun lembap..


si kenit ni..main rebut tiang pulak...
tak padan hisap puting dan tak mandi..hahaha

masuk2 sempadan..
macam hari2 adalah hari raya..
sebab ketupat palas ada jer jual kat sini..


lepas chop passport, stop jap agen gi beli myang kam aku tak tau la ejaan betul ke tak..
sbb aku ada sebut nak rasa myang kam..
dia kata ada jual 3 bekas ni rm10 jer..
masa beli ni x sempat makan lagi..
simpan dulu..nanti baru makan

bahan2:
kelapa kering, udang kering, kacang goreng, bawang, halia, limau nipis, cilipadi (aku tak letak),
daun kadok dan air gula kabung

sorry gambaq tak rotate..haha
aku nak show depa punya tiang letrik,ka tepon ka semua wayar berselirat campur..
mesti pening kalau nak wat maintenance ni..hahaha
sgt tak teratur



aku lupa nak habaq kami bawa bekal sandwich..
jadi breakfast dalam van saja..
sebab malas nak stop makan..

al maklum..rakyat ramai..leceh kang..
elok lepas cop passport..
kami teruskan perjalanan..

stop kejap kat tempat ala r&r ni..
utk pi toilet..
or nak beli apa2 kat seven 11..
owh ya..
kat Siam ni ni merata sevenEleven..
jgn terkejut org mai beli barang keperluan kat sini...
kalaku kat mesia mmg mahal sket beli barang kat seven 11

tapi kat Siam macam harga kedai runcit ja..
kita panggil 7-E kan?
depa panggil seven..


nampak wayar letrik lagi


gambaq goyang..
sebab adik tarik rambut kakak..hahaha
si kecik ni pantang ada benda dekat dgn tangan mesti nak capai...
sekali dapat capai rambut kakak..
dah ler kuat woo genggaman tangan dia tu..
tengok kaki tangan ketak2 tu..badan sedap..gumuk..hihi


next selepas melepasi Hatyai..
kami singgah tempat ni..kita macam R&R yg besar la..ala2 R&R Tapah la kot..
tapi R&R kita lagi luas..
depa kecik jer..
kat sini kami stop lunch kat restoren kat R&R ni..
ada surau and toilet..
ada kedai jugak..


Adeena tidoq..angkut masuk tempat makan


ikan talapia masak sos ka apa..tapi sedap la kuah dia tu
so far food dia  sedap gak..
ada tomyam putih tu
sayur campur..
telur dadar

kat Siam ni menu wajid adalah ulam..
diorang selalu letak free jer kot ulam..
terutama terung muda bulat2 kecik tu..
selalu ada terung tu

tapi aku paling suka bila gi Siam ni 
adalah NASI depa...
nampak bersih putih cantik jer..
sedap

mama kata beras baru kot.

berbanding beras kita beli kat supermarket..
tak seputih ni..tak secantik ni nasik dia bila dimasak..

tu la kan..kalau meniaga pakai beras elok mesti makan lauk pun rasa best jer..
tapi kalau kedai makan masak nasi pakai beras kureng..
alamak kurang selera walaupun lauk sedap..
apa pun nasi mesti kena sedap :)


ni la kedai makan tu..gambaq amek dari luar kedai


kawasan sekira R&R






sepanjang perjalanan kami byk tidoq jer la dlm van..

tapi serius..perjalan panjang direct dari Kulim-Krabi memang sangat penat..
sakit badan dok dalam kenderaan 
walaupun kenderaan adalah sangat selesa..


akhirnya sampai jugak Krabi..
aku rasa perjalanan hampir 8-9 jam kot termasuk
stop r&R dan q kat imigresen

singgah solat jamak takhir kat masjid ni..


ni nak masuk toilet masjid..
mama soh snap gambaq tiles..
dia kata kat Siam ni tiles dia banyak corak2..


kat divider jalan pun ada orang kutip rumput...
untuk bagi makan lembu kot...
senang majlis perbandaran kan kalau camni..hahaha
nampak tak wayar letrik yg banyak tu...
dan depa x ada meter letrik kat umah..
meter kat luar..dekat2 area tiang2 tu kot..aku x sure..





Pekan Krabi dengan Ao Nang beach dalam 30 min perjalanan..
so better kita singgah pasar malam kat pekan Krabi dulu
baru gi hotel kat Ao Nang..

masa ni cerah lagi..
owh..Siam masa depa lewat sejam dari kita..

alamak..miss this lil baby bila tengok gambaq ni..



comel jer tshirt kat pasar malam..


and the paintings...cantik kan


aku x sure apa makanan ni



aku tak sure air apa depa jual dalam buluh ni



comel kan..


stall ni paling best..
aku rasa barang dia standard sket..
kualiti nampak ok..
tapi mahai sket la..
dah barang elok jangan la harap harga murah kan..



pasar malam dia tak ler besaq mana..
aku tak la beli apa kat sini..melainkan fridge magnet..hahaha


then we head to this nice kedai makan..
2 malam kat Krabi ni kami makan kat sini..
lauk dia semua sedap berasa.
kedai pun bersih..

tomyam


sayur kailan ka? aku lupa


macam kat beijing lak..telur dadar wajib..
adakah kerana ada kanak2 sebab tu wajib ada telur dadar?
haha


udang masak petai


udang ni best..tapi awat sikit sangat <kenalempangbarutaudemandlak>


siakap


lepas dinner baru bertolak ke hotel..
actually ada arrangement lain buat sebab BIL x dpt join..
patut dok hotel lain..
lastly tukaq dok kat Lake SIde bungalow..
jauh sket dari kawasan happening kat AoNang..
ni cerok sket..
sampai cari tak jumpa!!!
haha..sebab malam..
x nampak mana tempat ni..

sebijik bungalow..tapi bilik separate..masuk pintu lain2..toilet untuk setiap bilik..
macam dok hotel gak la..


luas..pintu tu pintu toilet..luas gak toilet dia..
tapi ada lipas 2 ekor sudah selamat aku bunuh...hahaha


we are exhausted alreay..cepat tidoq...