Thursday, July 25, 2013

Cycle of Life

Pulang dari kerja tempoh hari buat aku tersenyum sendirian..
Jauh betul menungan..

aku akui..sejak akhir2 ini aku banyak memerhati..banyak berfikir..banyak menganalisa sikap, tabiat atau tindakan orang..especially mereka yg rapat dengan aku..

apa yang membuat aku tersenyum tadi..
bila aku teringat tindakan MIL semasa di dapur waktu itu..

aku sedang membasuh pinggan mangkuk periuk kuali di sinki..
dia turut sama berdiri di tepi sinki sambil berbual dengan ku..
ya..aku yg membuat kerja..tapi dia menemani aku di situ..

bila selesai urusan di sinki..aku selesaikan urusan di meja makan..
dia turut sama mengekori aku ke meja makan..

malam itu aku ceritakan pada en.somi..versi hasil analisa aku..

bila usia kita makin meningkat..kitaran hidup kita akan beransur2 kembali seperti zaman kita kanak2..

ingat tak masa kita kecil kita sentiasa akan mengekori ibu kita ke mana dia pergi..
kalau ibu di dapur..ke dapur la kita..
kalau kat hall..kat hall la kita main..
kalau ibu kita sebok buat kerja..dan masa itu kita nak tido..
mesti baring jugak tepi ibu walaupun hanya dapat tidor di kaki ibu..
dapat kaki pun jadi la...hehehe

anak2 kita juga rasanya bersikap sedemikian juga..
ingin selalu bersama kita walau dimana kita berada

ingat tak kalau ibu keluar bekerja..
bila ibu pulang..
kita menunggu di muka pinta..melonjak keriangan bila ibu masuk ke rumah..
tambah2 kalau ibu pulang bawa makan kegemaran kita..belikan gula2..

ingat tak bila kita pulang dari sekolah..
tak sabar2 kita bercerita kepada ibu..
apa terjadi di sekolah..
apa yg cikgu ajar tadi..
apa yg kita makan di sekolah..
segala-galanya kita mahu ceritakan pada ibu..

ingat tak bila ibu nak bawa kita berjalan..
betapa gembiranya kita sampai tak boleh tidur malam tu kerana tak sabar menantikan esok nak pergi berjalan...

tapi kita sedar tak sekarang
ibu bapa kita pula yang bersikap sedemikian bila sudah lanjut usia...

tak sabar menunggu kita pulang..
tak sabar nak menceritakan segala hal pada kita..
sangat gembira bila kita membawa pulang makanan kegemarannya..
sangat gembira bila mendapat panggilan telefon kita..
lagi ceria bila kita bawa pergi berjalan2..

kesimpulannya..

nampak tak betapa sunyinya orang2 tua..
mereka perlu kawan untuk berbual..

mungkin mereka tidak betah tinggal di rumah anak..
mereka selesa di rumah sendiri..
tapi mereka sentiasa menunggu kunjungan anak2..
mereka sering tertunggu2 panggilan telefon anak2
mereka tidak harapkan anak2 menghantar cucu buat peneman..
tapi sebenarnya..kunjungan anak2 la yg mereka nantikan..
mereka ingin dimanjakan..
ingin di sayangi dan di utamakan
tapi mereka tidak mudah menyuarakannya..

teman2..hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada..
rajin2 la telefon orang tua kita..
tak payah lama mana..5 minit pun jadi la..
kalau dapat hari2 telefon lagi bagus..

nukilan daripada psychiatrist tak bertauliah.sekian. 

6 comments:

  1. beruntungnya awak harnidah...ya hargailah wanita mulia itu, nasib kita tak sama...wlp kepala akak dah terletak dibawah kakinya, masih lagi tidak puas dihatinya...

    sabar dan redha? itu jer pilihan yg ada...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak Q..

      sabar ya..mungkin itu ujian buat kita...

      Delete
  2. tabik sebab boleh dduk dgn mentua.bkan senang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aunty..tabik pada PIL la..diorang yg baik..hihi

      Delete
  3. Hi Harnidah, that's a very nice MIL you have. And she has the heart and thoughts of taking care of things.
    Not many like her.
    You have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lee..thank u so much..thank God I have lovely PIL..

      have a great day Lee..

      Delete