Tuesday, April 30, 2013

Untuk yang terakhir...


Semalam aku dikejutkan dengan sms di tengah malam…
Antara mamai dan keletihan..aku sempat baca dan beristighfar panjang...
Tapi terus terlelap...

Esok pagi sms itu masih menghantui fikiran aku...

Aku  tak tahu bagaimana tindak balas yang sepatutnya...
Aku termenung panjang..masih tidak percaya..

Sampai pagi2 di pejabat...
Ku lihat ramai sahabat yg telah berkumpul..awal dari kebiasaan mereka..
Masing2 tengah merancang untuk bertolak ke Ipoh pada ketika itu..

Tapi aku..
Aku masih di sini..
Kerana aku telah berjanji untuk menunggu seseorang..
Hanya kiriman salam untuk ahli keluarganya yang mampu aku kirim..


Sahabat ku telah kembali kepada Penciptanya…
Pada usia yang muda...

Semoga rohnya dicucuri rahmat..diampunkan dosa dan dilapangkan kuburnya..


Maafkan aku kerana tidak dapat menjenguk walau untuk kali terakhir..
Doa ku sentiasa bersama mu..

Ya Allah..ampunkanlah sahabat ku..
kasihanilah dia..rahmatilah dia..lapangkan lah kuburnya...amin.


2 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiuunn...
    semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang dikasihi Allah swt..amin amin ya Rabbalalamin...

    ReplyDelete