Friday, March 1, 2013

Untuk kenang-kenangan bersama PIL


MIL warded selama seminggu..
bukan kerana sakitnya kritikal..
tapi kerana menunggu giliran ke Operation Theatre (OT)
mentang2 la minor jer operationnyer..namanya di tolak ke bawah senarai..
untuk beri laluan pada kes2 yang lebih kritikal...

Pada hari keenam MIL di hospital..sehari sebelum operation..
Kami membawa FIL keluar rumah mencari wheelchair..
Malangnya..farmasi dekat rumah tutup pulak..
Langsung kami ke kedai kasut..
Ingatkan banyak choice kat Bata Jalan Kapar sana..
Akhirnya..ke Jusco Bkt Raja saja..ada kedai Bata..
En. Somi pinjam wheelchair jusco untuk FIL..
FIL nampak happy sket..sambil cuba gerakkan sendiri wheelchair tu…
Tambah happy bila dapat beli kasut baru

gembira agaknya lama tak keluar ke mana-mana


gembira nak dapat kasut baru :)


pilih la mana satu yang berkenan

wahh..kalah sultan..siap tolong pakaian utk test kasut..hihi

ayah suka kasut ni..tapi size 6 macam besar..kaki ayah dah mengecut..
terpaksa amek kasut lain yg ada size 5...ada 2 jer pilihan pun...sobsobs

Lepas dapat kasut..
Aku sengaja pelawa FIL utk cuba kerusi urut kat Rest n Go ni..
Masukkan RM2 jer..urut 6 minit..

Bukan senang nak lihat FIL ketawa kerana geli bila mesin tu urut sampai bergegar2 badan dia..
At least..dapatla kami hiburkan hati FIL seketika..

Dah hampir seminggu tak jumpa MIL kan..mesti dia rindu…risau..
Hari2 tanya bila nak bawa mak balik?
Sehari mau lebih 10 kali soalan tu di tanya..

Setiap kali la kami jawab dengan berseloroh..mengusik ayah..
Mak seronok jer dok kat spital..tak ingat kat ayah dah…
Ada kawan ramai..ada katil sendiri..makan pun sedap..kelas satu punya makanan..
Tidoq pun dah lena sebab ayah tak kacau mak malam2..
(Jangan pikir bukan2 yer..maksud tak kacau tu adalah tidak kejutkan mak malam2 utk minum air..untuk pergi toilet kalau tiba2 dia pening time bangun etc..)
Mak dapat rehat tak buat apa2..
makan nurse hidang..makan tidoq makan tidoq jer la kerjanya…


asalnya aku cakap pada en.somi nak bawa ayah jumpa mak kat spital petang tu..
at least jumpa mak before operation esoknya..
itu plan selepas pergi beli wheelchair la..kalau tak susah gak nak bawak ayah lawat mak..

Mungkin ada hikmah farmasi tu tutup..
Tak jadi beli wheelchair lagi..
Tak jadi bawa ayah sebb en.somi takut nanti ayah buat drama airmata dan mak punya blood pressure naik..kang tak boleh nak operate esok kalau tinggi sangat blood pressure..
Bukan takat maknyer blood pressure..silap haribulan blood pressure ayah pulak yg naik lagi naya..
jangan sampai both of them warded sudah..

Tapi..disebabkan aku terlebih kreatif…
Aku tunjuk gambar FIL dari dalam henpon kat MIL..
dan snap gambar MIL utk tunjuk kat FIL bila balik rumah nanti..
Moga terubat rindu masing2…
hehehehe macam bercinta zaman muda2 dulu kekdahnya…

MIL tiada diabetes..tiada high blood pressure..
Tapi sejak masuk wad..reading quite tinggi..
Kami suspect sebab dia pikir banyak..nervous sebab nak kena operate..
MIL memang suka pikiaq bukan2..pikiaq ntah apa2..dia takut…
Sampai malam before operation..doctor bagi ubat tidoq/penenang utk dia..

Sebab tu pagi2 lagi kami sampai wad utk bagi support and tenangkan hati MIL..
Memang aku tahu MIL nak anaknya (en.somi) ada disisi pada operation day..
Walaupun dia tak cakap directly…


ni sebelum operation..kami di hospital dari 7am teman mak..
bila nak ke OT..kain batik tu pun kena tanggal..
pakai baju putih tu semata2...


En.somi memang pandai mengusik both his parents..

Itulah salah satu petua yer adik2..
Selain daripada menjadi anak yg baik dan mendengar kata..
kalau kita pandai mengusik ibubapa buat mereka gelak ketawa..kena ada sense of humor
mesti dapat credit point lebih  ;)
Hati diorang mesti senang dengan kita…
Kalau kita tak ada mesti diorang teringat2 kat kita…
mesti diorang sunyi bila kita tak ada..

dalam pukul 7.40am nurse dah ready nak bawa mak ke OT..
mak masuk dalam pukul 8am..
menunggula both of us kat luar..
kami duduk kat kerusi luar wad ICU..
sambil2 menyembang dengan 2 orang kakak yg suami masing2 dalam ICU tu..

bayangkan la dari pukul 8am..sampai pukul 12 tengahari baru mak dibawa keluar dari OT..
setiap jam ada jer in laws yg dok sms en.somi tanya dah sudah ke belum...
masing2 tak tenang hati...

tapi aku still relax...
tak dak la gabra tak tentu hala...tenang jer..
aku pun tak tahu macam mana aku boleh setenang ni...

tapi dalam pukul 11.30am..kami dah berjalan dekat area OT..
duduk betul2 kat luar OT punya bahagian..
heran gak la awat lama sangat..
ada org lain tu dah masuk kemudian tapi dah keluar...
MIL tak keluar2 lagi..
en.somi lagi la risau..



waiting outside ICU room.

dalam kol 12 tengahari MIL di bawa keluar..
masih lali dgn bius..mengantuk2 lagi...
tapi aku tahu dia lega sebab kami orang yang mula2 dia nampak/sedar ada disisi..
memang itu yg MIL harapkan..i know..walaupun dia tak cakap..


tapi yang lawaknya...
boleh bila dah transfer ke wad balik the first thing she said..
'mak gatal hidung..boleh tolong garu'
dalam sedar tak sedar nak lena tak lena tu...

mula2 aku garu..
lepas tu aku suruh en.somi pulak garu..
biar dapat pahala sama2..  :)
sebenarnya sebab aku nak snap gambaq dia garu hidung mak ni..hahahaha
lepas tu mms pada adik beradik buat tenangkan hati masing2...

agaknya gatal sebab pakai topeng gas kat hidung dalam OT tu kot..

mak operate isnin pagi..
selasa malam dah dapat keluar wad...syukur...

ni gambar lepas branula tercabut yg darah menitis2 tu..
mak dah ready nak balik..
mulut asyik berkicau jer sebab kami lewat datang..
en.somi kan tertinggal henpon kat umah..
dan kami lewat gara2 nak survey wheelchair ayah kat tempat lain..

tapi lepas dah balik tu..lega..phewww...
both of them jarang terpisah lama macam ni...
barula nampak FIL caring habis kat MIL..hihihi


Sabtu lepas kami berjaya beli wheelchair dekat farmasi dkt2 area opis aku..
itula hikmahnya farmasi dkt umah tutup masa kami pi dulu..
sebab kami dapat wheelchair lightweight yg jauh lebih murah..sukanya  :)


tapi yg lagi penting...
FIL bertambah suka la...
macam budak baru dapat basikal ;)

mula la test pusing dari hall ke dapur ke hall balik..


pastu cakap cantik..sebab kalau kat jusco or hospital standard yang seat color biru..
ni ada corak kotak2 lagi..
dia cakap ni tak boleh tinggal kat luar ni..nanti org curi..hahahaha


pastu siap kata berkilatnya...
ni kalau hari2 kena cuci/lap/polish ni...
hahahaha


tapi yang paling tak boleh tahan...

boleh FIL tanya kerusi ni takdak tempat letak cawan ke?

hahahaha

amboi2 ayah...
ni kerusi nak mudahkan pergerakkan jer..
bukan all in 1..

tapi..kalau nak sangat boleh letak papan macam kat kedai mamak gunting rambut tu...
boleh letak pinggan terus senang nak makan nasik yer ayah...hahahahaha



No comments:

Post a Comment