Wednesday, February 27, 2013

Another Milestone in life

Sedar tak sedar dah sebulan berlalu sejak MIL jatuh pada maulidurrasul 24 hb Feb 2013 lepas..

Sebulan jugakla aku bertungkus lumus memasak setiap hari...
Ya..almost every day..mungkin 4-5 kali jer la beli kot..

Sebulan jugakla schedule aku berubah sekelip mata..

Daripada masak pada weekend..dah kena masak weekdays jugak..
Satu pencapaian hebat bagi diri aku…
Orang lain mungkin dah biasa kot masak hari2 utk beri anak2 dan keluarga makan..
but not me…sebab itu aku anggap ini satu pencapaian..

setiap minggu jugakla aku dan en.somi ke pasar/supermarket utk beli bahan mentah/ikan/sayur..
sebelum ni MIL dan en.somi jer yg pergi..
tapi still yg beli dan pilih ikan adalah en.somi..
aku just cakap or tunjuk jer nak ikan apa..hahaha  saja jer nak bagi dia kerja lebih sket..  ;)

setiap minggu la juga aku prepare bawang blend siap2 utk senangkan kerja weekdays nanti..
setiap minggu sort ikan2 dalam separate container ke dalam freezer..
freezer dah bertukar wajah sejak aku amek alih tugas di dapur..
bukan kata freezer…cabinet dapur pun aku kemaskan juga..
tapi satu section jer baru kemas..x larat lagi nak all out..
sampaikan MIL balik dari spital boleh tanya ni K.L kot yang kemaskan ni…
K.L kemas apanya mak…chek yg buat…ngehngehngeh..
sambil berdoa dalam hati agar jangan ada orang sepahkan balik…  ;)

a turning point for me actually...

Sampai satu tahap aku rasa sudah cemuih (jemu) makan masakan sendiri..
Sampai satu tahap aku berangan kan best kalau hujung minggu aku dapat berehat golek2 atas katil
tanpa perlu berbuat apa2…
biar orang lain tolong masak and sediakan everything utk kami…
Berangan bestnya kalau dapat pergi bercuti2 di mana2
baring di tepi pantai di bawah pokok ketapang sambil di temani ombak dan angin yang mendamaikan…

aku rasa letih..
Bukan aku mengeluh..bukan aku merungut..

tapi aku rasa letih bersebab...
aku sendiri kurang sihat..dan aku berdoa agar tidak melarat..
kerana aku perlu kuat untuk mereka bertiga..
kalau aku yang sakit teruk..kasihan PIL...tambah2 en.somi..lagi la dia tertekan..
Aku anggap ini ujian Allah untk kami sekeluarga..
Ujian yg ada hikmahnya..
Ujian yg memberi pengajaran utk diriku dan diri orang2 lain disekeliling ku juga..
Mudah2an membawa kearah kebaikan..

Alhamdulillah..Ujian ini merapatkan lagi hubungan kami.. 

Kan dulu aku pernah kata aku tak pernah cuba menjadi menantu kesayangan kan?
Aku tak pernah beriya-iya nak tawan hati mertua kan?

Mungkin inilah salah satu hikmahnya kot…

Daripada ujian ini..Dia membuka ruang pintu hati dan mata mereka utk nampak diriku..

Aku terasa lebih dihargai..alhamdulillah..
Bukan tak dihargai sebelum ini..
tapi kini lebih jelas nampak ada insan yang sangat2 menghargai aku...
syukur..aku tahu aku disayangi... 

Doakan aku sama supaya dijauhi sifat takabbur dan doakan supaya aku sentiasa ikhlas..
Semoga Allah permudahkan urusan ku..urusan kami sekeluarga..
Agar kami tidak dibebani dengan beban yang tidak mampu kami tanggungi..
Semoga Allah sembuhkan kami..dilapangkan dada kami..
Amin..


Terasa insaf bila dikelilingi mereka yang jauh lebih berat ujiannya..subhanallah..

6 comments:

  1. Hi Harnidah, my wife too cooks everyday, and night.
    Except breakfast, I make for her.
    She does the laundry, I help vacuum the house...
    She clean house, I clean the cupboards, she cleans my shoes, I polish her shoes, clean the fans, etc....
    gantong royong? Ha ha.

    Anyway, hey....you take it easy.
    I just read Mokcik Azwa's blog, almost similar to yours, ha ha.
    I think its the angin mood going around....
    Maybe I'll do to you what I told Mokcik Azwa, ha ha.
    You stay easy.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Lee..
    u are such a good husband to your wife..

    itula yang sepatutnya dalam berumah tangga > gotong royong..

    sama-sama buat kerja untuk ringan kan beban..

    i am blessed that i have a husband yang ringan tulang to help me doing the chores..


    have a great day Lee :)

    ReplyDelete
  3. Tabik ! suka dgr menantu brtimbang rasa mcm you.moga Allah sihatkan tubuh badan,dpt trus berbakti pada yg trsayang. Amin..

    ReplyDelete
  4. Aida, tu kira prektis dok rumah sendiri gak... time tu laki cemuih dh makan luaq.. sapo kena masak? hang ler... nnti dpt anak kembaq 4 pun sapo kena masak? omak yer ler..

    ReplyDelete
  5. IndaMarya:
    Thanks aunty :)

    dah lebih 3 tahun MIL bela sampai gemok...
    la ni kita bela depa balik la..hahahaha

    ReplyDelete
  6. kak tek:
    prektis tu prektis gak..
    tapi off day kena ada jugak..
    nanti nak requestla...ahad as an official off day for me ;)

    ReplyDelete