Monday, January 21, 2013

Win-Win Situation…


 
Ni saja nak sembang2 pasal hobi…

Sebenarnya..dulu en. Somi pernah cakap macam nak mula belajar berjinak2 dgn hobi baru..atau lebih tepat..’sukan’ baru...

Tambah pulak geng2 dia start dok ‘meracun’ dia utk join diorang sama...


 
Padahal…
Sebelum ni..aku dah lama dok ‘merayau’ dalam kedai barang sukan tersebut..
Sebab rajin beli baju sukan tu utk en.somi time ada Sale la ka…>>>aku kan shopaholic..
Tak kira di mana..ada jer tempat utk aku menyopping..walaupun kedai barangan sukan..muahahahaha…


 
Aku pulak tak pernah cakap aku sokong atau aku melarang if dia nak terlibat…


 
Tapi dia pulak asyik dok justify kat aku apa benefit semua..perlu ker?
Yg aku nampak..lebih kepada nak sedapkan hati dia sendiri dan tak nak aku membantah kot..nampak sangat dia risau if aku tak approve..eh..perlu approval aku kah?

Owhh..yer la..sebab dia kena fikir masa yg dia spend utk bersukan tu ada effect kat aku ker tak…



 
Tapi tu la….
Senyap2 aku pun...otak mau jalan  ;)
Mula2 memang aku tak kata apa2...

Tapi bila kebetulan aku saja nak ‘merayau’ sorang2 dalam kedai sukan tu suatu hari..


 
Kena pulak kedai tu buat sale besar2an hujung tahun..stock clearance...
Memang setiap hujung tahun akan ada sale macam ni..


 
Terus aku sms en.somi cakap ada sale..kot2 la dia interested if nak beli peralatan sukan…


 
Elok lepas kerja..kami singgah kedai tersebut…
Terusla ter trigger minat en.somi pada sukan tersebut..nak join kawan2 dia la tu…
Mula2 dia beli baju dan kasut dulu…


Esok dia pi meracun kawan2 dia pulak...
Esok pas keje singgah lagi..
Kali ni dia bawa geng dia..
Ewah2...korang ni shopping berjemaah ke apa...
Owh..sebab ada sorang advisor (member dia) utk bantu dalam pemilihan…


 
Aku kasi chance diorang spend time dulu..
Dah lepas sejam baru aku pergi…terkejut masing2 tak expect aku pi situ selamba badak join diorang duduk minum kopi sambil berbincang..muahahahaha...
Aku ingatkan depa dah selamat shopping..rupanya dok buat analisis tak abis lagi…
En.somi pun terkejut..sebab aku tak inform dah nak kuar opis pi situ…
Sebab aku ingat alang2 nak balik..baik aku terus jumpa kat sana..tak yah nak patah2 balik…


 
At that time…aku noticed..geng2 en.somi muka masing2 speechless terkejut and disbelief tengok aku..ehh..bukan sebab tengok muka aku yer…
Tapi tengok reaksi aku…how supportive and sporting I am...sempoi jer


 
Sebab diorang selalu bertanggapan para isteri selalu tak berapa gemar suami terlibat dalam sukan macam ni...
Tak ramai pompuan melibatkan diri dalam sukan ni..


 
Even 1 of his friend secara tak langsung boleh terkeluar dari mulut dia....
‘alamak..aku tak cakap kat wife aku lagi la…’
Boleh dia kata nak balik umah parents kat bini petang tu padahal dia melencong pi kedai sukan dulu....nasib baik lepas balik tu dia justify balik kat bini dia...



 
Bila dah balik umah..
Baru aku cakap kat en.somi…
Reason kenapa aku tak kisah dia join sukan ni dgn kawan2 dia…


 
1-     sementara dia ada kawan yg boleh guide dia dalam sukan ni dan geng2 yg baru jer start..if dia tak join sekarang..macam tertinggal bas la..org lain dah cekap..dia baru terkedek2 nak belajar..nanti terus mati minat…
      so, sementara ada geng yang tahap sama dan ada org yang nak ajar main (yg dah pro sket)..better     dia hop in the bandwagon…

2-     untuk dia release stress dgn bersukan…sebab aku noticed dia agak stress dengan kerja lately…at least dgn bersukan..boleh release stress…kira channel yg sesuai utk dia release stress..en.somi tak macam aku yg senang jer nak release..dia susah sket...

3-     kasi chance and ruang utk dia spend time hang out dgn kawan2…bersosial la sket..in a good way of coz..  >>>maksud tersirat: senang nanti aku pun nak hang out dgn kawan2 aku  ;)

4-     future career development…sebab melalui sukan ni..boleh kembangkan networking…memudahkan kerja dia nanti


 
at least..secara tak langung…dia rasa sangat bangga dgn wife macam yg dia ada ni..alhamdulillah..


 
tapi of coz la…nak bersukan kena la ada condition..jgn sampai terabai bini…dia kena tau priorities mana nak letak dulu..jangan dok ketagih bersukan tak ingat masa..


tapi yg sebenarnya…
aku tak cakap antara reason utama kenapa aku beri galakkan sepenuhnya…hihihi..RAHSIA tau  ;)


-         sebab nanti dia tak boleh nak argue minat dan hobi aku..sebab aku kan tak menghalang minat dan hobi dia…see..see?

-         esok2 ni dia tak boleh ler selamba badak dok bising aku suka membazir shopping..sebab aku akan point out kan balik dia shopping mahal2 utk barangan sukan dia boleh lak?  See  J


reason ketiga adalah seperti sms yg aku terima tadi..

‘esok syg nak pi xxxxxx  on the way balik?
Kalau hny nak merayau2 leh juga’

 

Ko ingat senang tetiba laki suruh ko pergi merayau2?

Ini la sebabnya kenapa aku tak menghalang minat en.somi...

Sebab…time dia nak gi bersukan (after balik kerja), aku boleh tawaf mall…muahahahahahahaha

Kalau dulu..nak ajak singgah memana otw balik kerja amatla seksa ok….
Tambah2 kalau nak pergi merayau2 tanpa tujuan..buat perabis duit..buang masa katanya…

Now..see..see…muahahahahahahahahahaha


Inilah yg dikatakan dengan
Win-Win Situation

Darling..u bersukan la kat sana..
I berjogging dalam mall jer…  ;)




10 comments:

  1. emmm... citer pepanang jenuh kaktek cari sukan jenis apa nyer...
    nak kena teka kacang gak ke?
    ada hadiah?

    ReplyDelete
  2. memang men like to hang out with their friends sometimes, sama la dgn kita kalau keluaq dgn kawan2 mesti best gila kan?

    ReplyDelete
  3. Harnidah hobby sukan apa pun tak jadi hal cuma jangan GOLF cukup. Uncle dulu sampai Aunty hot ya lah GOLF= Golongan Orang Lupa Family. Dah lah makin sunburn tidoq pun mengigau. LOL last last Aunty take up Golf baru lah dia faham how addicted it can be. Uncle pulak hot kena makan Maggie Mee. Arahaha. ... Uncle AL

    ReplyDelete
  4. kaktek:
    hahaha..saja nak asah otak kak tek bagi berpikir sket..almaklum...dah lama tinggal sekolah ;)

    teka kacang boleh..tapi hadiah dapat makan kacang kalau teka bilangan kacang dalam balang adalah tepat..muahahahahahaha

    ReplyDelete
  5. IndaMarya:
    definately true..sy tak pernah halang hubs nak hang out with his friends..in fact..i know more his friends rather than he knows mine..hahahah

    ReplyDelete
  6. Uncle Al:
    hahahaha...now i know another term of GOLF...

    waaa...dasatnya uncle sampai mengigau...ni mengigau teringat 'caddy' ke teringat hole berapa yg susah sangat nak dapat birdie? ;)

    good job to aunty Ina :)
    sama2 pergi main baru la tak boleh blame each other...hahahaha


    ReplyDelete
  7. I agree with you! minat suami ni jgn dihalang.
    in fact, kalau kita support dia, he will appreciate us more for being so understanding.
    lagipun apa lah sgt setakat 2 3 jam aje.
    bukan sampai 2 3 hari pun dia nak beriadah. khenn? huhuhu

    ReplyDelete
  8. hahaha.. so clever you! I nak jugak adopt your support of his hobby malangnya mine x suka berhobi. Hobi dia melepak di rumah.. huhuuu.. I guess it's true: Some guys (read> gals) have all the luck! hehe

    ReplyDelete
  9. RedRose:
    definately true..he'll appreciate us more for being understanding..

    selain dok kembang hidung member2 puji wife best giler bagi support... ;)

    ReplyDelete
  10. MamaTim:
    hahaha..hobi melepak di rumah..
    actually..dulu my hubs hobby pun sama..melepak di rumah..

    tapi bila dah involve with this new hobby...dah divert in direction a little bit..hihi...

    dulu suka lepak kat umah sebab tak dak geng la tu nak ajak keluar or main...haha

    ReplyDelete