Monday, January 7, 2013

Kuih bakar loyang


Entah kenapa tiba2 teringin sangat nak buat kuih bakar kemboja..

Tapi acuan bunga tu memang la takdak kan...

Bakaq dalam loyang sudah..senang..



Tapi yang menariknya….
Aku pernah tanya MIL…
Dia tau tak buat kuih bakaq?


Well...being me yg memang agak masak dengan perangai MIL sorang ni...

I know…dia takkan simply mengaku yg dia tak tau buat…dia malu nak admit yg dia tak tau..aku pun tak sure kenapa..
ego kah mungkin?
Dia akan kona cakap yg kawan dia pernah habaq pakai ni..pakai tu..blablabla…serupa dia serba tau la nak buat..
mungkin dia rasa rendah diri if dia tak reti buat sesuatu..sebab dia dah berusia..banyak makan garam..patutnya serba tau la kot..


Being me yang sangat straight forward….amek…

‘Mak pernah buat ke tak? 
Kalau pernah buat Aida boleh guna resepi mak..
Kalau tak pernah buat tak pa..Aida boleh cari kat internet jer resepi...
Sebut jer nak resepi apa..kat internet semua ada mak….’

(ni kes gara2 aku malas nak dengaq ayat kona2..at that time I just need an answer)

Terus dia cakap hang amek resepi kat internet la…
Mak tak pernah buat lagi…


Ha ko..simple jer..

Soalan aku just perlu jawapan yes or no…

Kalau nak kona2 jawab..memang silap orang ler..sebab aku anak keturunan keling..
kalau ikutkan lagi pandai nak putaq alam ok…muahahahahahaha


Lepas cari resepi..barula kita boleh buat kuih bakaq sama2…
Part ni baru la MIL suka...hihihi..
Minta tolong dia amekkan daun pandan...
Pesan kelapa nak perah santan...


 
Lepas tu minta dia tengok cukup cair atau pekat adunan tu..
Ok tak mak takat ni?
Nak tambah tepung lagi tak?
Gula cukup?
Mak, macam mana nak check dah masak ke belum ni?


 
Kena bagi dia rasa dia ada peranan kat situ..
Baru dia happy..
Dia pun suka nak buat2 kuih ni..
Cuma tak reti pakai oven aku tu jer..hihi

Ewah..ni dah boleh buka topik cara2 menawan hati ibu mertua...hahahaha
Serius..tapi memang ada terlintas dalam kepala ni..Cuma tak berkesempatan nak mengarang ;)



Balik topik asal...

Mula2 buat ok..sedap..
Tapi tak cukup garing macam yg org jual...
Kena bakaq lama sket baru berkerak…

Ni gara2 amek resepi tak perasan resepi sukat pakai mangkuk…

alamak..ni nak pakai mangkuk besaq ke mangkuk kecik..?

Nasib baik ada akai cerdik sikit…

Cer try sukat 5 biji telur tu sama dgn 1 mangkuk kecik tu tak?
Sama…sib baik..
Now kita transform pulak sukatan mangkuk kecik tu ikut measure cup..

1 mangkuk lebih kurang 1 cup lebih sket..

resepi penuh aku lupa..
tapi kalau tak silap camni la


1  1/2 cup tepung
1 cup air pandan (5-6 helali pandan)
2 cup santan dari 1 biji kelapa
5 biji telur
1 cup gula
secubit garam
pewarna hijau
2 sudu besar minyak masak
bijan utk di tabur...

Gambaq lupa nak amek..dah abis la..


 

Ok now..second try…
Gara2 ada pot luck kat opis…
Meh cheq offer diri bawa kuih bakaq senang…

Kali ni pakai sukatan cup..
Bakaq lama sket...

Ni la hasil dia..



 

8 comments:

  1. Harnida, habag betui cek pun tk prnah buat kueh ni.kira u lagi terror la na.memang kueh ni sedap yg bahagian garing2 berkerak tu.nanti nak tiru yr resepi..

    ReplyDelete
  2. IndaMarya:
    hahaha...serius ke aunty tak pernah buat?

    ni pun pakai resepi google jer...
    kalau tak silap tu kot resepi dia..pandai2 la adjust nanti...

    ReplyDelete
  3. Harnida, Salam tahun baru Dan Uncle AL doakan segala yang baik buat you sekeluarga InsyaAllah . Kalau orang lama bila seorang tu TERINGIN maknanya berisi lah tu. Tapi memang Uncle Nya feveret thanks for sharing. Senyum selalu dari Uncle AL

    ReplyDelete
  4. oh wow!!! suka sgt kuih ni, but dunno how to do it. kalau google resepi pun, lum tentu boleh buat se'mabeles' itu. T__T

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Hi Uncle Al..thanks for coming..
    Selamat Tahun Baru utk uncle sekeluarga..

    hahahaha..ni 'TERINGIN' sebab memang kuat makan...bukan sebab 'BERISI'...

    uncle doakan la mudahan ada rezeki..errrkkk...ker patut minta petua bagi perturun kat en.somi.. ;)

    owhh...Uncle AL suka makan kuih bakaq ka...
    ni sapa nak jadi menantu konpem kena belajaq buat la nampak gaya ;)

    Semoga ceria dan sihat selalu to u :)

    ReplyDelete
  6. RedRose:
    owh..ramai jugak yg minat kuih ni rupanya...
    ingat org2 lama jer suka..
    tak sangka yg muda2 pun suka..

    cuba la buat..senang jer tu..
    ikut sukatan insyaallah jadi..
    kalau ada terlebih terkurang..nanti pandai2 adjust..

    ReplyDelete
  7. Harnida manusia bolih merancang tapi ALLAH SWT yang menentukan. Usaha dan ikthiar serta berdoa insyaAllah akan di beri juga rezeki itu. Petua jangan lupa ia bolih menolong sepertimana telah di usahakan olih orang2 lama...cam ni Cubalah pula petua @ amalan ini....

    1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
    2. Kemudian,buang biji kurma tu
    3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
    4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
    5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
    6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

    InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

    Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA... dari Uncle AL,

    ReplyDelete
  8. Uncle Al..
    Thank u so much...
    tak pernah pulak dengar petua ni...

    insyaallah..akan diusahakan...

    mudahan Allah memberi rezeki...amin

    ReplyDelete