Thursday, January 31, 2013

Aduhai mertuaku sayang


Dulu aku masih ingat lagi…
Masa hampir menjadi seorang isteri...

Bakal suami pernah bertanya...
‘takper ker kalau tinggal dgn mak ayah?’







Mana2 gadis normal sudah semestinya memasang angan2 untuk memiliki rumah sendiri..
Dapur sendiri…bebas dengan apa yang ingin dilakukan di rumah sendiri..

Tipula kalau aku katakan yg aku tak berfikiran seperti itu..

Siapa yang memasang angan2 esok ni bila berumahtangga nak tinggal bersama mertua?
Aku rasa kurang percaya kalau ada yg bercita2 sedemikian...



Tapi  siapalah kita untuk melawan takdirNya..
Takkan baru bergelar isteri dah nak derhaka pada suami?

Aku terima dengan hati yg terbuka...
Ok..no problem..nak buat macam mana...
Siapa lagi nak jaga diorang kan?

So..perlu ada persedian mental dan emosional..


Janganla korang compare antara aku dan orang lain...
Kita tidak serupa...
Situasi kita berbeza..


Aku akui...
Bila rakan2 en.suami dengar yg kami tinggal bersama parents dia..
Semua macam tak percaya...
dan sebenarnya mereka kagum dan ‘respect’ kepada isteri yg boleh bertahan tinggal dengan mertua selama lebih 3 tahun...
Dah kembang hidung suami bila org puji isteri bagus boleh tinggal dengan mertua...



Tapi kata ku kepada suami...
Kalau kawan2 aku yang bertanya...
Akan ku jawab
‘aku punyai parents in law yang sangat baik’
Aku hanya manusia biasa..
Aku biasa2 saja…
Tapi mereka (PIL) adalah insan yg sangat baik...




Seperti aku katakan tadi

Janganla korang bandingkan antara aku dan engkau
Kita tidak serupa...
Situasi kita berbeza..


Aku sedia maklum suami tinggal dengan mereka kerana dialah satu-satunya anak teruna yg bujang...yang lain sudah bekeluarga..
Dia yang menjaga makan minum mereka...sakit pening mereka..mereka sudah lanjut usia..
Aku sangat hormati atas tanggungjawab yg dia pikul…berbakti kepada kedua ibubapa…




Aku sedar diri yang aku hanya menumpang di rumah mereka...

Masuk kandang kambing mengembek la kita..
masuk kandang kerbau menguak la kita…


aku jejak kaki dalam keadaan rumah yg serba lengkap..
dapur yg telah 3 tahun beroperasi…by MIL…
oh ya..mereka tinggal di rumah lain sebelum ini...
rumah sekarang adalah rumah SIL yg beli untuk parents mereka tinggal dgn lebih selesa sebelum dia mengakhiri zaman bujangnya..


aku cukup faham...
MIL yang ‘mengurus’ rumah tangga...
Dialah surirumah sepenuh masa..
Walaupun background kami sangat berbeza



dapur adalah tempat utama bagi mana2 wanita...

bukanlah kawasan yang senang2 untuk orang lain cerobohi...

aku perlu letakkan diriku di tempat mereka…
perlu lebihkan effort untuk observe dan pelajari tentang mereka..

tapi aku langsung tiada niat untuk memenangi hati mertua..
aku bukan ingin berlumba mancari title menantu kesayangan..
itu tiada dalam senarai impian aku…


ingat lagi pesananku pada kawan2 yg sudah berumahtangga dahulu dari ku..
 sebelum aku turut mengakhiri zaman bujang ku...


tak perlula bersaing dgn ipar duai biras untuk mendapat perhatian mertua..
jadilah diri sendiri..
lumrah hidup berumahtangga..ada kala ada yg cemburu..ada yang inginkan perhatian lebih..
tapi kita ada akal fikiran..usah buang masa mencari sengketa
tak perlu bersusah payah nak tawan hati mertua...
kerana usia mereka tak lama..sampai masa pergilah mereka..
asalkan kita jangan derhaka..bersabarlah walau sepahit mana
yang penting jaga hubungan dengan ipar duai..
kerana mereka la yg hampir seusia dengan kita..
dengan mereka lah kita akan menempuh hari tua..
dengan merekalah..anak2 kita kelak kerap bersua..
usah berlumba nak tagih perhatian mertua..
mereka sudah makan garam dahulu..
mereka lebih tahu baik buruk mu…



dan kerana aku kenal diri aku...
aku tak suka berpura2..dan berfikiran rasional la jugak...
aku suka berterus terang biar ada mutual understanding antara kita...
walaupun aku tidak soft spoken seperti mereka..
serta bukanla seorang yg pandai mengambil hati org tua..
seorang yg agak kasaq dan sempoi je bahasa..loqlaq gak la kalau bahasa utara..
sangat straight forward..kadang2 tak reti nak berbunga2 intro..direct jer cakap...
kadang2 sedikit tegas dan berani bersuara bila ada yg tak kena..

adoi..takut terkejut la org tua kat umah dapat menantu macam ni…


mungkin aku punyai kelebihan yg dikurniaNya...
aku mudah menyesuaikan diri..
bak kata mak aku..hg ni campak dok mana pun boleh hidup...
aku seorang pendengar yang baik..
aku mudah memahami terutama perkara melibatkan psikologi

itula talian hayat yang aku ada...

yer la kan..masak tak pandai..rajin pun biasa2 saja..
Nasib baik la aku bukan seorang penyemak atau penyepah..
At least ada la yg ‘baik’ sikit tentang aku…


Kenapa aku kerap katakan usah banding antara engkau dan aku...
Situasi kita berbeza..


Kerana aku yakin tak semua menantu berstatus surirumah dapat tinggal bersama mertua..
Kerana biasanya ‘surirumah’ yg akan mengurus segala hal di rumah..
24/7 la kau akan bersama mertua..
Bayangkanlah ada dua surirumah dalam satu rumah?



Kerana aku tau..sedangkan lidah lagi tergigit..
Inikan pula tinggal serumah...


Ya..sebab itulah aku katakan situasi kita berbeza..
kerana aku bekerja
Jumlah masa yg aku habiskan dirumah adalah tidak lama..
Seawal jam 6.30 pagi aku telah keluar ke pejabat..
Paling awal 6.30 petang baru aku sampai ke rumah..
Masa untuk berkomunikasi adalah pendek..
Ruang untuk timbul persengketaan adalah terhad..


Itulah bezanya kita yg berkerja..


Bukan aku tidak pernah mengguris perasaan mereka..
Adatla kalau ada yang tak kena…
sedangkan dengan ibu sendiri pun kita kerap terlepas kata…


Tapi amatlah penting untuk kita mengakui kesilapan dan memohon keampunan..
Mudahan dijauhkan dari menjadi anak yang derhaka..


Banyak yang aku pelajari dari mereka..
Banyak yang dapat aku memahami tentang golongan yang lanjut usia setelah tinggal bersama mereka..
Malah..boleh aku katakan yang aku memahami mereka lebih daripada anak mereka sendiri..kerana aku bersama mereka setiap hari..
Aku tahu perkara yg remeh bagi kita, tapi merupakan perkara yg agak  penting bagi mereka..


Pesanku pada suami...
Berbaktilah pada kedua ibu bapa selagi mereka ada..
Rebutla peluang untuk mendapat pahala menjaga mereka
Kerana kita masih belum punyai anak untuk mendoakan kita kelak..
Kita kena siapkan ‘bekal’ kita untuk kemudian hari...



Aku sangat bersyukur punyai mertua seperti mereka..
Tidak sedikit pun mereka mahu menyusahkan aku..
Aku tak minta agar disayangi..
Tapi aku berharap agar tidak dibenci...



Maafkan aku atas coretan kali ini..
Emosi ku terganggu..jiwaku sentimental...
Rapuh juga hati ku...basah jua kolam mataku..
Hanya kerana aku sayangi mereka..
Tak sampai hati ku melihat mereka menahan derita…

Semoga cepat sembuh  mak..









8 comments:

  1. ala ala syayang busyuk, baiknya Harnida, aunty suka.and tabik 10 kali.a lady yg boleh duduk dgn mentua memang kena tabik berkali2.I respect you.syg sekali mentua saya dh meninggal lama, tkdan nak blajar apa dri dia, dia meninggal quite young.
    banyaknya pahala u kutip tiap hari, berkat pulak kehidupan.suami pula jadi anak soleh.suami hebat tu boleh pujk isteri dok dgn mak dia, and most of all another tabik for you my dear.moga Allah bagi kemudahan dlm setiap urusan mu.tk cr dear.

    ReplyDelete
  2. you are.... a good, kind girl! one day... people will write song about you.
    sangat sweet to read your confession ni.
    I pun ada mertua yg sgt baik and tidak terlalu cerewet in everything.
    w/pun kami tidak sebumbung, they often give us a call and ask about their grand daughter.
    Need to brush up my relation with them lagi la lepas ni.
    reading your entry buatkan I rasa belum cukup banyak lagi bakti I untuk they all.
    thx sis, for sharing dis.

    ReplyDelete
  3. IndaMarya:
    Thank u so much aunty...

    patut tabik kat PIL saya ler..diorang yg baik sangat...

    kalau dapat PIL yg lain..maybe saya tak mampu bertahan kot...hehehe

    kena la dok kutip pahala lebih sket...
    dok mengumpat hari2 dosa dah bertimbun..anak takdak lagi nak doakan saya bila mati esok ni..huhu

    ReplyDelete
  4. RedRose:
    Thank u so much..

    kita patut bersyukur banyak bila dapat PIL yg baik...

    kadang2 ada yg tak bernasib baik..dapat PIL yg tak berapa berkenan kat menantu..lagi susah ler nak tawan hati mereka..setakat tawan hati anak mereka jer la...

    u dah ada 'aset' (cucu) utk brush up your relationship ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... seronok dengar hubunga menantu dan mil terutamanya serasi. doa2 lah kaktek nnti tak jadi macam mertua kesim selamat.

    ReplyDelete
  6. Kak tek:
    tq..both parties kena main peranan masing2..barula serasi...

    doa2 la mudahan dapat 'menantu' bukan 'hantu' hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Hi Harnidah, women like you don't grow on trees...Not many like you.
    I very rarely hear or read of wives praising In-laws.
    More Out-laws, ha ha.
    I can imagine hubby lagi manjah you hear you praise his parents.
    Good for you, Harnidah.
    Have a great week, Keep well.
    Lee.

    ReplyDelete
  8. Lee..
    thank u so much...

    yes Lee..i don't grow on trees...
    but i grow up ;) hahahahaha
    just kidding..

    yeah..i am so sure that hubs will appreciate me more after this..
    win-win situation rite ;)

    Have a great year Lee :)

    ReplyDelete