Thursday, January 31, 2013

Aduhai mertuaku sayang


Dulu aku masih ingat lagi…
Masa hampir menjadi seorang isteri...

Bakal suami pernah bertanya...
‘takper ker kalau tinggal dgn mak ayah?’







Mana2 gadis normal sudah semestinya memasang angan2 untuk memiliki rumah sendiri..
Dapur sendiri…bebas dengan apa yang ingin dilakukan di rumah sendiri..

Tipula kalau aku katakan yg aku tak berfikiran seperti itu..

Siapa yang memasang angan2 esok ni bila berumahtangga nak tinggal bersama mertua?
Aku rasa kurang percaya kalau ada yg bercita2 sedemikian...



Tapi  siapalah kita untuk melawan takdirNya..
Takkan baru bergelar isteri dah nak derhaka pada suami?

Aku terima dengan hati yg terbuka...
Ok..no problem..nak buat macam mana...
Siapa lagi nak jaga diorang kan?

So..perlu ada persedian mental dan emosional..


Janganla korang compare antara aku dan orang lain...
Kita tidak serupa...
Situasi kita berbeza..


Aku akui...
Bila rakan2 en.suami dengar yg kami tinggal bersama parents dia..
Semua macam tak percaya...
dan sebenarnya mereka kagum dan ‘respect’ kepada isteri yg boleh bertahan tinggal dengan mertua selama lebih 3 tahun...
Dah kembang hidung suami bila org puji isteri bagus boleh tinggal dengan mertua...



Tapi kata ku kepada suami...
Kalau kawan2 aku yang bertanya...
Akan ku jawab
‘aku punyai parents in law yang sangat baik’
Aku hanya manusia biasa..
Aku biasa2 saja…
Tapi mereka (PIL) adalah insan yg sangat baik...




Seperti aku katakan tadi

Janganla korang bandingkan antara aku dan engkau
Kita tidak serupa...
Situasi kita berbeza..


Aku sedia maklum suami tinggal dengan mereka kerana dialah satu-satunya anak teruna yg bujang...yang lain sudah bekeluarga..
Dia yang menjaga makan minum mereka...sakit pening mereka..mereka sudah lanjut usia..
Aku sangat hormati atas tanggungjawab yg dia pikul…berbakti kepada kedua ibubapa…




Aku sedar diri yang aku hanya menumpang di rumah mereka...

Masuk kandang kambing mengembek la kita..
masuk kandang kerbau menguak la kita…


aku jejak kaki dalam keadaan rumah yg serba lengkap..
dapur yg telah 3 tahun beroperasi…by MIL…
oh ya..mereka tinggal di rumah lain sebelum ini...
rumah sekarang adalah rumah SIL yg beli untuk parents mereka tinggal dgn lebih selesa sebelum dia mengakhiri zaman bujangnya..


aku cukup faham...
MIL yang ‘mengurus’ rumah tangga...
Dialah surirumah sepenuh masa..
Walaupun background kami sangat berbeza



dapur adalah tempat utama bagi mana2 wanita...

bukanlah kawasan yang senang2 untuk orang lain cerobohi...

aku perlu letakkan diriku di tempat mereka…
perlu lebihkan effort untuk observe dan pelajari tentang mereka..

tapi aku langsung tiada niat untuk memenangi hati mertua..
aku bukan ingin berlumba mancari title menantu kesayangan..
itu tiada dalam senarai impian aku…


ingat lagi pesananku pada kawan2 yg sudah berumahtangga dahulu dari ku..
 sebelum aku turut mengakhiri zaman bujang ku...


tak perlula bersaing dgn ipar duai biras untuk mendapat perhatian mertua..
jadilah diri sendiri..
lumrah hidup berumahtangga..ada kala ada yg cemburu..ada yang inginkan perhatian lebih..
tapi kita ada akal fikiran..usah buang masa mencari sengketa
tak perlu bersusah payah nak tawan hati mertua...
kerana usia mereka tak lama..sampai masa pergilah mereka..
asalkan kita jangan derhaka..bersabarlah walau sepahit mana
yang penting jaga hubungan dengan ipar duai..
kerana mereka la yg hampir seusia dengan kita..
dengan mereka lah kita akan menempuh hari tua..
dengan merekalah..anak2 kita kelak kerap bersua..
usah berlumba nak tagih perhatian mertua..
mereka sudah makan garam dahulu..
mereka lebih tahu baik buruk mu…



dan kerana aku kenal diri aku...
aku tak suka berpura2..dan berfikiran rasional la jugak...
aku suka berterus terang biar ada mutual understanding antara kita...
walaupun aku tidak soft spoken seperti mereka..
serta bukanla seorang yg pandai mengambil hati org tua..
seorang yg agak kasaq dan sempoi je bahasa..loqlaq gak la kalau bahasa utara..
sangat straight forward..kadang2 tak reti nak berbunga2 intro..direct jer cakap...
kadang2 sedikit tegas dan berani bersuara bila ada yg tak kena..

adoi..takut terkejut la org tua kat umah dapat menantu macam ni…


mungkin aku punyai kelebihan yg dikurniaNya...
aku mudah menyesuaikan diri..
bak kata mak aku..hg ni campak dok mana pun boleh hidup...
aku seorang pendengar yang baik..
aku mudah memahami terutama perkara melibatkan psikologi

itula talian hayat yang aku ada...

yer la kan..masak tak pandai..rajin pun biasa2 saja..
Nasib baik la aku bukan seorang penyemak atau penyepah..
At least ada la yg ‘baik’ sikit tentang aku…


Kenapa aku kerap katakan usah banding antara engkau dan aku...
Situasi kita berbeza..


Kerana aku yakin tak semua menantu berstatus surirumah dapat tinggal bersama mertua..
Kerana biasanya ‘surirumah’ yg akan mengurus segala hal di rumah..
24/7 la kau akan bersama mertua..
Bayangkanlah ada dua surirumah dalam satu rumah?



Kerana aku tau..sedangkan lidah lagi tergigit..
Inikan pula tinggal serumah...


Ya..sebab itulah aku katakan situasi kita berbeza..
kerana aku bekerja
Jumlah masa yg aku habiskan dirumah adalah tidak lama..
Seawal jam 6.30 pagi aku telah keluar ke pejabat..
Paling awal 6.30 petang baru aku sampai ke rumah..
Masa untuk berkomunikasi adalah pendek..
Ruang untuk timbul persengketaan adalah terhad..


Itulah bezanya kita yg berkerja..


Bukan aku tidak pernah mengguris perasaan mereka..
Adatla kalau ada yang tak kena…
sedangkan dengan ibu sendiri pun kita kerap terlepas kata…


Tapi amatlah penting untuk kita mengakui kesilapan dan memohon keampunan..
Mudahan dijauhkan dari menjadi anak yang derhaka..


Banyak yang aku pelajari dari mereka..
Banyak yang dapat aku memahami tentang golongan yang lanjut usia setelah tinggal bersama mereka..
Malah..boleh aku katakan yang aku memahami mereka lebih daripada anak mereka sendiri..kerana aku bersama mereka setiap hari..
Aku tahu perkara yg remeh bagi kita, tapi merupakan perkara yg agak  penting bagi mereka..


Pesanku pada suami...
Berbaktilah pada kedua ibu bapa selagi mereka ada..
Rebutla peluang untuk mendapat pahala menjaga mereka
Kerana kita masih belum punyai anak untuk mendoakan kita kelak..
Kita kena siapkan ‘bekal’ kita untuk kemudian hari...



Aku sangat bersyukur punyai mertua seperti mereka..
Tidak sedikit pun mereka mahu menyusahkan aku..
Aku tak minta agar disayangi..
Tapi aku berharap agar tidak dibenci...



Maafkan aku atas coretan kali ini..
Emosi ku terganggu..jiwaku sentimental...
Rapuh juga hati ku...basah jua kolam mataku..
Hanya kerana aku sayangi mereka..
Tak sampai hati ku melihat mereka menahan derita…

Semoga cepat sembuh  mak..









Tuesday, January 29, 2013

Chewy Macaroons Kak Tek



entry khas ni sempena mencilok resepi kak tek...

disebabkan tengah buat dalam keadaan kelam kabut...dan mendouble kan bahan...
maka..tak sempat nak cedok cantik2 kasi  bulat2 macam cekodok...

dapatla hasil macam batu meteor kat angkasa....

apa kebenda chewy macaroons ni?
rasa macam kuih bangkit...hahahaha

sebab ada kelapa...

tapi cara buat dan bahan sama jer macam pavlova...

sebelum bakaq

selepas bakaq


owh...sangat buruk rupanya...

tapi kan kak tek...
apa yang penting?

rasa..muahahahahahaha

mekasih la na kasi resepi...



Friday, January 25, 2013

Sementara nak membuang masa ni...


Ni gara2 pergi 'merayau' hari tu...

dapatla rembat sepasang kasut comel..hihi

paling tak tahan..material kulit dan harga murah..
ringan dan sedap dipakai..
yang pasti...kelihatan comel bila dipakai..hahahaha 

kata adik: 'hg suka beli kasut ada reben kat depan na..'

kataku :'sebab yg design satu lagi tu reben dia mengarut sket..at least yg ni design reben dia nampak la sket ada rupa design Salvatore Ferragamo... '

muahahahaha


tapak wegdes yg tak tinggi..i like..
aku kan takleh pakai heels..nanti sakit lutut..huhu

matching pulak dgn baju..hihi


menunggu ketibaan VIP...sapa lagi kalau bukan'org yg pergi bersukan' tu..

bertuah dapat isteri gi kedai siap order makanan...
dia sampai terus duduk makan saja...


tapi sementara nak tunggu dia..
i order siap2 dessert dulu...
makan swiss passion ni sorang2...  :)

tapi aku suak makan kat Serai Paradigm Mall lagi sebab aku rasa lebih fresh food dia..
kat sini >> Empire Mall dah ler ramai..rasanya macam kurang fresh..macam bukan masak kat situ pulak..

dan swiss passion ni tak segebu masa makan kat Paradigm..sebab this one rasanya baru dikeluarkan dari peti ais..krim dia masih belum lembut lagi..


i sengaja order lauk sama dgn yg i makan kat paradigm aritu..
saja nak bagi en.somi rasa...


tapi yer la..i order agak awal...
dia tak kunjung tiba..makanan dah sejuk...
kurang feel..

org kira dan kanan dok tengok jer aku tak makan2 lagi..
tapi ada 2 pinggan nasi...hehe

sempatla sembang ssikit2..


ni selitan..

selingan gi Paradigm bila tah...
tapau lasagna from The Loaf...
not bad..



Wednesday, January 23, 2013

Tiera miss u


being busy lately..
and not feeling well too..

lepas en.somi..i pulak...
selesema..sakit tekak..
malas..

eh..malas pun sakit gak ker?



hari tu saja dok browse Rima nyer page..

teringin nak try tiramisu cake dia..

just ada a few thing yg i tak dak tu i ganti benda lain...

* tiramisu essence & expresso extract tu i tukar letak cappucino coffee emulco..
it tasted great too

terus bertukar fikiran...
nanti hantaran nephew nak buat kek ni la instead of the cheese cake...
much easier..kos pun murah sket..hahahaha


malas nak letak strawberry...
ada marshmellow...jadila...
reben pun tak payah letak..kang bukan nak makan pun..hihi

props pun malas...dari dulu malas nak ber props..
last2...letak atas tray telur jer la..hahahaha



lady fingger yg susun keliling kek tu aku tak dip dalam coffee..sebab takut lembik..nanti tak boleh nak berdiri elok...
maybe next time boleh dip sebelah dalam jer kot..
kalau tak keras pulak nak makan...


tak guna banyak lady fingger utk layering..celup coffee pun kejap2 and sikit jer..
so, macam tak berapa kemas/padat sususan lady fingger tu..senang pecah la...
kalau letak sponge cake sekeping maybe cantik sket nak potong...


next time nak buat letak coffee swiss roll as dia nyer base and layering...
kat keliling jer nak pakai lady finger...



Monday, January 21, 2013

Win-Win Situation…


 
Ni saja nak sembang2 pasal hobi…

Sebenarnya..dulu en. Somi pernah cakap macam nak mula belajar berjinak2 dgn hobi baru..atau lebih tepat..’sukan’ baru...

Tambah pulak geng2 dia start dok ‘meracun’ dia utk join diorang sama...


 
Padahal…
Sebelum ni..aku dah lama dok ‘merayau’ dalam kedai barang sukan tersebut..
Sebab rajin beli baju sukan tu utk en.somi time ada Sale la ka…>>>aku kan shopaholic..
Tak kira di mana..ada jer tempat utk aku menyopping..walaupun kedai barangan sukan..muahahahaha…


 
Aku pulak tak pernah cakap aku sokong atau aku melarang if dia nak terlibat…


 
Tapi dia pulak asyik dok justify kat aku apa benefit semua..perlu ker?
Yg aku nampak..lebih kepada nak sedapkan hati dia sendiri dan tak nak aku membantah kot..nampak sangat dia risau if aku tak approve..eh..perlu approval aku kah?

Owhh..yer la..sebab dia kena fikir masa yg dia spend utk bersukan tu ada effect kat aku ker tak…



 
Tapi tu la….
Senyap2 aku pun...otak mau jalan  ;)
Mula2 memang aku tak kata apa2...

Tapi bila kebetulan aku saja nak ‘merayau’ sorang2 dalam kedai sukan tu suatu hari..


 
Kena pulak kedai tu buat sale besar2an hujung tahun..stock clearance...
Memang setiap hujung tahun akan ada sale macam ni..


 
Terus aku sms en.somi cakap ada sale..kot2 la dia interested if nak beli peralatan sukan…


 
Elok lepas kerja..kami singgah kedai tersebut…
Terusla ter trigger minat en.somi pada sukan tersebut..nak join kawan2 dia la tu…
Mula2 dia beli baju dan kasut dulu…


Esok dia pi meracun kawan2 dia pulak...
Esok pas keje singgah lagi..
Kali ni dia bawa geng dia..
Ewah2...korang ni shopping berjemaah ke apa...
Owh..sebab ada sorang advisor (member dia) utk bantu dalam pemilihan…


 
Aku kasi chance diorang spend time dulu..
Dah lepas sejam baru aku pergi…terkejut masing2 tak expect aku pi situ selamba badak join diorang duduk minum kopi sambil berbincang..muahahahaha...
Aku ingatkan depa dah selamat shopping..rupanya dok buat analisis tak abis lagi…
En.somi pun terkejut..sebab aku tak inform dah nak kuar opis pi situ…
Sebab aku ingat alang2 nak balik..baik aku terus jumpa kat sana..tak yah nak patah2 balik…


 
At that time…aku noticed..geng2 en.somi muka masing2 speechless terkejut and disbelief tengok aku..ehh..bukan sebab tengok muka aku yer…
Tapi tengok reaksi aku…how supportive and sporting I am...sempoi jer


 
Sebab diorang selalu bertanggapan para isteri selalu tak berapa gemar suami terlibat dalam sukan macam ni...
Tak ramai pompuan melibatkan diri dalam sukan ni..


 
Even 1 of his friend secara tak langsung boleh terkeluar dari mulut dia....
‘alamak..aku tak cakap kat wife aku lagi la…’
Boleh dia kata nak balik umah parents kat bini petang tu padahal dia melencong pi kedai sukan dulu....nasib baik lepas balik tu dia justify balik kat bini dia...



 
Bila dah balik umah..
Baru aku cakap kat en.somi…
Reason kenapa aku tak kisah dia join sukan ni dgn kawan2 dia…


 
1-     sementara dia ada kawan yg boleh guide dia dalam sukan ni dan geng2 yg baru jer start..if dia tak join sekarang..macam tertinggal bas la..org lain dah cekap..dia baru terkedek2 nak belajar..nanti terus mati minat…
      so, sementara ada geng yang tahap sama dan ada org yang nak ajar main (yg dah pro sket)..better     dia hop in the bandwagon…

2-     untuk dia release stress dgn bersukan…sebab aku noticed dia agak stress dengan kerja lately…at least dgn bersukan..boleh release stress…kira channel yg sesuai utk dia release stress..en.somi tak macam aku yg senang jer nak release..dia susah sket...

3-     kasi chance and ruang utk dia spend time hang out dgn kawan2…bersosial la sket..in a good way of coz..  >>>maksud tersirat: senang nanti aku pun nak hang out dgn kawan2 aku  ;)

4-     future career development…sebab melalui sukan ni..boleh kembangkan networking…memudahkan kerja dia nanti


 
at least..secara tak langung…dia rasa sangat bangga dgn wife macam yg dia ada ni..alhamdulillah..


 
tapi of coz la…nak bersukan kena la ada condition..jgn sampai terabai bini…dia kena tau priorities mana nak letak dulu..jangan dok ketagih bersukan tak ingat masa..


tapi yg sebenarnya…
aku tak cakap antara reason utama kenapa aku beri galakkan sepenuhnya…hihihi..RAHSIA tau  ;)


-         sebab nanti dia tak boleh nak argue minat dan hobi aku..sebab aku kan tak menghalang minat dan hobi dia…see..see?

-         esok2 ni dia tak boleh ler selamba badak dok bising aku suka membazir shopping..sebab aku akan point out kan balik dia shopping mahal2 utk barangan sukan dia boleh lak?  See  J


reason ketiga adalah seperti sms yg aku terima tadi..

‘esok syg nak pi xxxxxx  on the way balik?
Kalau hny nak merayau2 leh juga’

 

Ko ingat senang tetiba laki suruh ko pergi merayau2?

Ini la sebabnya kenapa aku tak menghalang minat en.somi...

Sebab…time dia nak gi bersukan (after balik kerja), aku boleh tawaf mall…muahahahahahahaha

Kalau dulu..nak ajak singgah memana otw balik kerja amatla seksa ok….
Tambah2 kalau nak pergi merayau2 tanpa tujuan..buat perabis duit..buang masa katanya…

Now..see..see…muahahahahahahahahahaha


Inilah yg dikatakan dengan
Win-Win Situation

Darling..u bersukan la kat sana..
I berjogging dalam mall jer…  ;)




Friday, January 18, 2013

Late New Year Wish


Dalam keluarga aku...
ada 2 orang yg besday masing2 jatuh pada public holiday..
jeles i tau..
setiap kali besday diorang..mesti cuti...

yg pertama..adik aku yg second last...
birthday dia 25 December..cuti hari Krismas..

dan yang kedua...en.somi...

Birthday dia jatuh pada New Year...lagi I menyampah...


hari tu en.somi dah rosakkan i nyer surprise cake utk adik i ni..

tak sangka kali ni diorang pulak merosakkan surprise I utk en.somi...sabaq jer la...




dari awal i cakap i tak dak hadiah utk dia..sebab baru spent banyak utk jalan2 baru2 ni and shopping..
kek pun i tak buat sebab letih..
i nak ajak makan kat luar pun dia tak nak sebab letih..nak rehat kat umah..
sebab kami baru balik berjalan jauh...tapi still dalam M'sia la...

so..dari awal memang en.somi tak expect apa2 la..



sehingga la.. pada malam New year..
tiba2 si gemok sorang ni boleh pulak sms awai cakap happy birthday...anggap jer la hadiah yg k.aida bagi tu pun kira dari dia jugak la....
ppffftttt..mujuq la en.somi tido awai malam tu..before 12 o'clock sebab tu dia blur2 jer baca message tu..
terus reply tq2 jer...tapi dah macam pelik jer...

paling tak boleh blah....
esok paginya...mama pulak message...

'happy birthday..suka tak hadiah yg aida bagi tu?'

en.somi lagi la pelik...dia dok pikir hadiah apa?
tapi yg pasti jawab jer dulu sms mama 'suke..suke....'

lepas tu baru dia habaq kat aku apa mama msg...
dah la pagi tu pakat dok berkubang atas katil malas bangun awal....penat travel tak abis lagi..

iskk....diorang ni..memang tak boleh simpan rahsia la...
masing2 sebok sangat nak tengok apa reaksi en.somi bila dapat hadiah..
actually...adik aku request aku bagi awal..time kat kampung lagi...sebab depa nak tengok..
bukan tengok hadiah..tapi nak tengok reaksi..

agak2 la woi nak soh aku bagi hadiah awal pulak...
of coz la dia control macho tak tunjuk reaksi sebenaq depan hampa...

last2...mau tak mau..
alamat dah kantoi dia tau yang dia akan dapat hadiah...
baik kita bagi jer la..

tapi aku tak bagi direct..still nak buat surprise gak...

mula2 aku tunjuk barang aku yg di pesan senyap tanpa pengetahuan dia..hehehehe
sebab kalau dia tau awai2..sure dia bising...cakap aku membazir...

pastu sebok dia yg nak belek barang aku tu...
elok dia bukak barang aku tu..baru la dalam tu ada 'barang' lain..

itula hadiah dia...yang dalam box tu...

.h.a.p.p.y.

bila dah happy dapat barang dia..barula aku lega..sebab dia takkan bising pasal barang aku..ngehngehngeh...

Happy Birthday to u yayang...

takperla..kita makan sedap2 lewat sket..walaupun masing2 belanja diri sendiri..hehe
i kan dah abis duit beli adiah u...takder duit nak belanja makan...hahahahaha

Wednesday, January 16, 2013

Tea@SR



Free Tea/Coffee with slice of cake purchased




bila tengok strawberry marshmellow cheesecake ni..rasa macam boleh buat sendiri jer nanti...
jengjengjeng...next project maybe...

Monday, January 14, 2013

Tepak Impian


Lately bila dok belek majalah Pengantin..
aku asyik berkenan jer hantaran sireh yg guna tepak bulat kaler silver..

kat mana nak cari ni ekk?

rata2 jual yg empat segi dan tembaga..kaler tembaga...

aku kureng sket nak berkenan color2 tembaga ni...

dah tengok kat KL..
memang ada..tapi mahal...

takpa..chek try tengok kat Utara..sampai ke Padang Besaq pun tak dak..
no..tak dak design lagu tu...
semua yg tembaga 4 segi..agak mahal gak...

Terengganu lagi murah kot kalau empat segi tembaga tu..

pastu pesan kat kawan dok tanyakan kat Pasar Payang if dia singgah time ke Terengganu nanti..
pun tak dak jugak la yg bulat nyer pesen ni..

try tanya member sorang ni (male)....
tak pasal aku kena bahan...
'woi...ko nak gi pinang madu utk laki ko ker?
bukan senang ni nak dapat bini lagu ni..
ko taknak payung emas ke?'

amboi2...mulut...meh aku bagi sedas

'kalau setakat payung..aku tak heran...baik aku minta mahligai dalam syurga..yang paling tinggi..
kalau dah dapat masuk syurga..bukan takat payung..minta apa pun dapat la'


tapi..apakan daya...
bila hati teringat..memang tak tenteram lagi tak dapat...

so..bila ada kesempatan tu...
beli saja la..

alang2 tinggal 1 yg last jer design tu..

ada yg lain..kecik sket..tapi lagi mahal..

ni pun dah bersyukur sangat dah dapat ni...
patutla susah nak cari..
import dari India rupanya..


tak per..leh guna utk next project...
majlis kahwin anak buah en.somi yg sulung...

pasni sapa nak sewa boleh contact aku...ngehngehngeh...





Friday, January 11, 2013

Surprise konon!

Gigih tau pagi2 buat kek..
Pastu lepas zohor packing bawa balik kampung…

Untuk keselamatan..kita biar dalam loyang..steady sket nak usung...



Elok sampai umah mama dalam kol 6.30 ptg..
Yang lain dok membuta lagi..jet lag kot...

Terus masukkan kek dalam peti sejuk…

Pastu suruh diorang senyap2…rahsia….nak surprise adik gemok sorang tu konon…

Diorang lepas maghrib nak dinner kat luar..

I dan en.somi malas..sebab baru jer sampai..malas nak keluar..lagi pun kami dah makan siap2 sebelum sampai…


Sementara tu…sempat la sembang2 sat..

Siap adik gemok bagi coklat M&M dalam bekas bentuk pokok krismas kat aku..

Dalam hati terfikir..ehhh..coklat ni macam baru keluar dari peti ais jer..
Agak2 dia perasan tak kek dalam tu? Erkkk...


Tapi dah aku buat bodo..dia pun buat tak tau jer..macam tiada apa2 yg pelik..
Tiada isu kek di timbul kan...


Abis tu..lepas diorang keluar makan...
Aku siap call mama cakap kalau diorang nak balik dah inform i sebab nak prepare kek tu letak atas meja....ok set..


kemudian..

aku pun pesan la kat en.somi..

‘bang..tolong tengok2 hp I yer kot2 mama tepon time I mandi..
Kalau mama call please panggil I keluar jugak dari toilet tau sebab nak siap kan kek adik Hani..nak kasi surprise kat dia’

Tiba2….


‘eh..bukan adik Hani dah tau ker tadi dia bukak peti ais pastu dia cakap ehh..ada kek cantik…kek sapa ni?

Pastu abg pun cakap la tu kan kek besday adik Hani la tadi pagi kak Aida buat…

Pastu dia siap cakap..ishh…terharunya..terharunya…’


Aku >>>>>  melopong…

‘abg ni memang tak boleh simpan rahsia..rosak plan org..blablabla..’


Cis…rosak surprise aku…



gambar ni amek masa baru tabur icing sugar..masih dalam loyang..sebelum bertolak pulang



ni setelah di hidangkan





Tapi kan

Amboi2 Hani…mentang2 hg tak tau kek sapa mau pulak puji kek cantik…
Cer kalau hg tau awai2 aku yg buat..ada nak puji? Mau bergegaq langit kot….


Happy Birthday to U… (anggap jer entry ni di upload pada hari krismas yg lepas… ;) )



ps: resepi dari buku Chef Wan..hiasan kek refer pada blog Dapur Tanpa Sempadan..


Wednesday, January 9, 2013

Nasi Arab dekat2 sini jer

Gara2 nak gi bank..
Pastu tiba2 hujan..
Terpaksa berteduh di restoran Arab berdekatan..
Ceh..alasan…
Padahal restoren mamak ada kat sebelah tu…

Tak per..
Kita layankan aja tekak bos

I dah kenyang…so makan ringan2 jer la..


Padahal sebelum tu ada member tanya ada restoren arab dekat2 opis kita ni masuk Groupon la..
Dulu owner lain kot..nama lain..
Skarang dah tukar jadi apa Hadramawt kot…tapi adalah bunyi hadramawt tu…

Tapi tak berapa sedap la secara generalnya…

Mango juice sedap..

Nasi mandy..biasa jer la…
Sup dia ok..rasa macam sup kambing..tapi lebih kepada sup lemak kambing kot...


Lamb kebab bolehla..sebab harga tak mahal sangat..patutla lamb kebab dia sikit jer...




 
Cuma aku rasa tak ler best tara mana..Saba’ sedap lagi...
Al-Diafah pun sedap lagi...

Nasi Bukhara Syed Bistro kat sebelah ni pun aku rasa lagi best...

Ni rasa ikut tekak aku la..
Tekak orang aku tak tau...