Wednesday, April 4, 2012

Pak Tongko @Cakoi


Dah lama aku teringin nak makan cakoi atau dikenali sebagai pak tongko oleh orang utara..
beza pak tongko beli kat sekitar KL dan selangor ni dan kat utara ialah bahan pencicah nya..

setahu aku kat sini jual kosong camtu jer atau ada yang makan dengan sekaya..

tapi orang utara makan pak tongko ni dgn kuah kacang..
yer..memang..kuah kacang yg dibuat cair..bukan yg pekat cam nak makan dgn sate or nasi impit tu...

disebabkan aku ada kuah pecal segera..
itu la bahan pencicah...janji kuah kacang..

resepi aku amek dari DTS.

Ni cubaan kedua sebab tak puas hati cubaan pertama yg agak crispy dan tak berapa kembang..
lega..jadi..
senang jer wat pak tongko ni..
pasni Siken..konpem hg leh wat selalu..

actually...aku ubah sket bahan dan cara..tak ikut 100%

Bahan:

1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 tsp instant yeast
1 tsp gula  >> aku letak 3 camca kalau tak tak manis..rasa masin jer lebih..
1 tsp garam >> aku kurangkan sikit garam
3/4 tsp "alum"  >> kedai baking yg aku pi jual "potash" aku rasa tawas ler bende tu..guna 1/2 tsp je
1/2 tsp soda bicarbonate
1/4 tsp "amonia" (boleh dapat kat kedai2 baking), atau tak payah letak >> aku letak tak sampai 1/4 tsp
1 tbsp minyak >> aku guna minyak jagung
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Mix potash,ammonia,garam dan gula dengan air. Put aside.
2. Gaul tepung dengan soda dan yis (dalam mixing bowl/besen etc).
    Buat lubang kat tengah2 tepung dan tuang bancuhan air tadi dan minyak.
    Gaul hingga rata dan sebati. Adunan tu lembut dan melekat2..tutup bekas dgn cling wrap.
    tutup dgn talam pun boleh..Biar kembang dalam 2 jam.
3. Tabur tepung (banyak) atas papan pencanai. Bahagi 2 bahagian..jadikan memanjang..
    Ratakan doh dengan tangan dalam tebal 1cm. Potong kepada bahagian lebar 2cm atau 1 inci.
    Rehatkan 10-15 min.


4. Heat oil, goreng jer..malas dah nak kepit2 segala..hahaha

mula2 aku pelik gak ler amende potash tu?
siap bukak dictionary ko tau dia tulis apa?   Potash.
mau aku bakar dictionary tu..
bentuk dia macam kristal..transparent..ala2 raw diamond..sebab tu aku yakin itu adalah tawas..

tapi yg menariknya...
bila aku tepon mama tanya pasal nak wat pak tongko ni...
siap habaq pakai tawas apa..
well..korang tau la pak aku..
tak sah kalau time mama cakap tepon dia mesti nak menyampuk kat belakang..
dok bang dengaq rupanya apa yg kami sembang..
dah join kelab kepochi la pak aku ni...

tau-tau dia terus sergah...
"apa pakai tawas dalam kuih!
cuba hang try letak tawas dalam gulai tengok apa jadi"

ceh..nak sound aku macam la aku letak racun dalam kuih tu...

teruih aku gelak..pastu cakap kat mama...

"ma..dalam air paip kita ni pun ada tawas..fungsi tawas ni memendapkan keladak yg ada dalam air..tu la air jadi jernih..
kalau tak silap dulu pernah belajaq..air dari sungai ke kolam tadahan pihak bekalan air negeri masing2
akan melalui beberapa kolam atau tangki rawatan sebelum boleh disalurkan kepada kita..
salah satu kolam tu diletakkan tawas.."

abis cerita tawas..
cerita ammonia pulak...

terus panggil adik Hani cakap sat..

'weh..hg rasa apa fungsi ammonia tu ha? Bukan ammonia bau dia hancing ka?
ke chemical ni tak sama dgn ammonia utk food industry?"

disebabkan food technologist kita tak mampu nak bagi penjelasan..
kita ikut jer la resepi yer...

lagi pun..aku dah try bau..takder bau hancing pun..hihi

selamat mencuba!

1 comment:

  1. Ami...aku jelous!!aku buat 2-3 kali tak jadi wey..nanti aku try pakai resepi hg pula..org indon makan dengan sambal..

    ReplyDelete