Friday, March 2, 2012

There’s no such thing as ‘belum dapat hidayah’


There’s no such thing as ‘belum dapat hidayah’

Tajuk kat atas tu macam kontroversi jer kan?

Sebenarnya..it’s true...

Tapi kita selalu dengar org cakap.. ‘tak dapat hidayah lagi’

Bila nak berubah?
Bila nak berhijrah?
Bila nak menutup aurat?


Mesti di antara jawapan nya ada lah.. ‘tunggu dapat hidayah’ or ‘belum dapat hidayah’..

Dulu2 aku ingat macam betul la ayat tu…
Tapi rupanya kurang sesuai...

Sebenarnya..hidayah Allah itu akan datang pada org yang mencari Hidayah...
Bukan pada org yg dok ‘tunggu’ melangut macam tunggu bulan jatuh ke riba..
tu memang la sampai bila pun tak dapat hidayah..

Hidayah tu perlu di cari...perlu di usaha..

Sama macam Rezeki...

Kita tau rezeki masing2 Allah yg beri..
Tapi…kenapa kita still pergi kerja cari rezeki?
Kenapa kita still usaha ‘cari makan’ kalau kita lapar?
Kenapa tak tunggu jer sampai makanan muncul depan mata terus masuk ke mulut? Kenapa?


Tu la perlu nya usaha..

Nak berubah perlu usaha..

Nak hidayah pun perlu berusaha...

Asyik kita berdoa jer mohon Allah bagi Hidayah..
Tapi kita ikhtiar tak nak cari Hidayah tu selain dari berdoa jer?

Step mula yg perlu kita ambil untuk dapat Hidayah adalah dengan menjinakkan diri dengan majlis2 ilmu..
paling senang..boleh jer dengar tazkirah dalam radio Ikim pun sudah time bawa kete tu...tu step mula la..
lama2..cuba la cari guru atau ikuti kelas2 agama..mendalami agama yg sebenar..

Insyaallah..bila kita kita berniat ke arah kebaikan..Allah akan buka jalan untuk kita..

Laluan untuk Hidayah sampai kepada kita melalui 3 anggota penting..
Telinga, Mata dan Mulut…

Melalui ketiga2 angggota ni la ilmu akan masuk dan proses dalam otak kita…

Janganla kita tutup laluan2 ini umpama org pekak,buta dan bisu (hati)..
Macam org musyrikin..bertahun2 Rasulullah sampaikan Islam..
Bukan mereka tak mendengar..bukan mereka tak melihat..dan bukan mereka tak berkata-kata..
Malah mereka sezaman dengan Rasulullah..
Tapi mereka ‘membutakan’ hati mereka…tidak mahu menerima kebenaran..
Akhirnya…mereka berada dalam kesesatan yang nyata..

minta kita di jauhkan daripada menjadi seperti mereka


 
Untuk renungan kita semua..
mudahan kita sentiasa berusaha dan diberikan Hidayah-Nya..
amin





4 comments:

  1. cannot agree more..

    simple je kan..kalo kita nak hidayah, kena la berusaha sikit..=)

    cheers,
    Happy Friday

    ReplyDelete
  2. Hi Harnida, saya lagi lintang pukang what with my bahasa out of tune, ha ha. And now most using shortcut bahasa.....

    Ya la, my previous posting buat readers ketawa sampai guling2 sebab I spell salah....and didn't know it means making a woman pregnant.
    Malu la saya, muka pun merah. Ha ha ha. Tu Sky4Blu semua ketawa guling2.

    I just posted new one, again da spelling salah.....apa la nak buat, kan, you tau la my bahasa oldfashion, ha ha.
    Have a nice weekend. Senang datang.
    Lee.

    ReplyDelete
  3. Yantie..tu la..it is simple..but people seldom to overlook it

    ReplyDelete
  4. Uncle Lee..
    hahaha..i sudah ingat dari mula u silap spelling..
    mujur sudah ada org pointed out..
    nanti i'll read your post..

    :)

    ReplyDelete