Friday, March 23, 2012

ayam kicap berempah





daripada resepi SIL..
aku main campak jer..
tak berapa ingat..

selalu masak ayam kicap jer..ayam merah ker..
kita goreng ayam separuh masak kan?

kali ni nak sihat sket..tak perlu goreng2 dulu..


cara dia senang jer...

tumis sket dulu bawang,buah pelaga,bunga lawang, kayu manis,halia
nak letak cabai hidup hiris2 pun boleh..ni kan resepi 'suka hati kau la nak letak apa...'

masukkan la sos tiram, kicap,
jintan manis, jintan putih, ketumbar
(rempah ni tumbuk dulu..nak tumis sekali pun boleh jer..belasah  jer...takder betul salah..janji makan sedap)
elok tambah lada hitam kasi pedas sket...
kalau ada anak kecik tak tahan pedas..tak per lu la letak or letak sikit jer..
tambah air sket..
boleh letak garam gula
masukkan ayam

tutup kuali dgn penutup..
masak dgn api perlahan
sekali sekala kacau2 la sket..

ayam akan masak sebati...
kuah akan memekat..
ayam and kuah akan well blended..meresap rasa..

rasa nak tambah tomato bila dah nak masak pun ok..

dah siap makan dgn nasi panas..
kuah dia sedap sangat...

sekian dari dapur kak kiah.. ;)




No comments:

Post a Comment