Thursday, October 13, 2011

Spagetti from scratch


Semenjak dua menjak FIL tak sihat...
semua pun tak lalu makan...

MIL lagi la..siang time kami gi keje..dia pun tak tau nak masak apa..takat dia sorang jer nak makan..
FIL lagi la..tak selera...makan 2-3 suap jer..


bayangkan Ahad dulu time tengah pulun buat pergola...

tengahari makan nasi goreng jer sbb ada nasi semalam tak abis..
malas gila semua nak masak...
nasi goreng MIL yg masak...
i kan sebok tolong 'tukang kayu'


jadinya..petang tu..
ingat nak bukak selera masing2...terutama FIL..dia suka makan mee...

tapi rasa I spagetti sihat sikit kot daripada mee kuning..hehe..

lagi pun..tomato bertimbun kat umah tu..dah tak termasak...

mari kita wat spagetti..guna fresh tomatoes...
NO preggo spagetti sauce ya...


ari tu tertengok video cara2 masak sos spagetti tapi lupa salin resepi...main belasah jer..


utk kuah:
olive oil panaskan
garlic minched - tumis
cili kering blend - tumis  > citarasa melayu kena ada
tomato cincang - masukkan dalam tumisan
daging ayam kisar ramlee
cendawan dalam tin - hiris nipis2
lada hitam
dried basil/oregano
salt and sugar for taste


abis siap...
boleh en.somi cakap...
ehh..ni kuah spagetti ke? awat lain? tak kaler merah?



ni fresh tomato la...
"tak rasa macam selalu makan tu..."

selamba aku jawab..
'i tekak omputih..u tekak melayu..
omputih makan kuah pekak2 bersalut jer..bukak macam makan mee kuah...
banyak songeh kalau gi masak sendiri..'

macam nak kena lempang kan...huawawaa

tapikan..boleh pulak org tekak melayu tu makan nasi goreng dia letak kuah spagetti kat atas...
memang konpem tekak melayu la...


FIL makan 3 sudu jer...huhu



No comments:

Post a Comment