Monday, October 17, 2011

Kenduri kat Jempol

Asalnya nak homestay sini weekend tu..
kebetulan hubs call pak angkatnya..anak dia kawen..
memang dia jemput sekeluarga datang..

erkk..kami terus la tak jadi nak stay sana..anak beranak dia sure ramai penuh umah..

disebabkan plan asal nak gi homestay ajak adik2 ku..
maka..teruskan ajer plan dgn gi kenduri beramai2..
tapi kami stay kat Tampin jer..hotel murah baru bukak..

adik aku? dia dok hostel dia jer la..
bawa adiknya dari Bangi sana sekali..gi tumpang hostel akaknya..hahaha

best betul kampung ni...
memang terkenal dgn homestay..menang nombor berapa tah kat Malaysia..no.1 ke no. 2 tah..

laman masing2 luaaaaaaassss..boleh wat car park..


kat mana serupanya  dua org ni?
aku nampak lain jer..


ha..ni? serupa kat mana?


jalan nak ke umah keluarga angkat en.somi..
pak angkat dia ketua kampung


tema ijo ruponya..


kambing masak lemak, ayam goreng mcm kfc, sayur jeruk timun kot tu..aa..nanas masak apa ekk kaler merah2..?


ayam goreng tu sedap..siap adik nak tambah..pesan dia amek lebih sket...ahkak malu..ngehngeh



dua2 ni kat mana yg sama?


cantik kan umah kampung ni..
kalau nak tau..ada satu umah kat sini jadi umah penggambaran Waris Jari Hantu...
memang cantik umah tu...
tak sempat snap...kami jalan2 naik keta...



tempat tumbuk padi kot...tuan umah tak dak..kami segan nak masuk... 

lihatlaaa...sawah luas terbentang...dgn burung bangau berterbangan...
aku suka tengok sawah time hijau camni...sejuk mata memandang
time padi mula menguning aku tak berapa suka nak tengok..hahaha




malas nak komen...org bandar baru turun kampung..lagu ni la perangai...isk..isk..

sinila..kg. Lonek, Jempol, Negeri Sembilan..
ada banyak kraftangan kat sini..
ada kilang kicap
ada kerepek
ada mee
ada bunga dari daun pokok getah
ada anyaman bakul
etc


memang rezeki kami kot..asalnya gi umah makcik ni sbb nak beli sos cili..
dulu hubs bawa balik sedap sgt sos cili diorang buat sendiri..
rupanya..makcik tu stop kejap sbb mesin rosak...
la ni dia buat jelly kelapa pulak.. 

lemang ni semalam dia buat sbb ada tetamu dari Kedah nak mai..rezeki kami dapat merasa lomang oiii..
rendang ala nogori..tapi kurang pedas sbb org Kedah yg nak makan..hahahahaha



depan umah mokcik n pokcik yg buat lomang...



mak pak angkat en.somi


pengantin ni tinggi..ikut bapaknya..
ponu (bride) pun tingi gak..
tiba2 terasa kerdil diri ini...huhu

Selamat Pengantin Baru
semoga berbahagia selalu...


2 comments:

  1. Hello Harnidah, Wow! I love the pics here. I really enjoyed looking thru them. And love that house.
    The makanan too looks delicious.
    Wow! The bride sure gorgeous! Good looking hubby too.
    Best wishes to bride and groom.

    I love that pic, "sinila Kg. Lonek...". Nice pic with the padi fields background.
    You have a nice day, Harnidah.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Hello Uncle Lee..
    Thank u so much :)
    ni betul2 punya kampung..
    I pun tak ada kampung macam ni..so sad..
    both pengantin sangat tinggi..tu nampak cantik ;)

    ReplyDelete