Tuesday, July 12, 2011

Kelab Isteri Taat


Ada suatu hari tu..secara berseloroh aku tanya hubs “ U nak I join kelab isteri taat tu ke?”

Yer la..time tu kan kecoh bab kelab yg dah dilancarkan tu…

Hubs tanya balik… “kelab tu untuk apa? dia ada buat kelas ngajar apa2 ker?”

Hahaha...rupanya suamiku tak aware pasal kelab tu...macam mana pun dia cakap..tak yah ler kelab2 ni...kita macam biasa sudah...macam sekarang ni pun ok per...ngehngehngeh..>> wahhh..nampak sangat I ni isteri yg taat..takyah join kelab uuuuuu!!! (perasan)

.....................

Well..aku nak kupas ler sikit pasal taat2 ni...this is my personal point of view plus some info yang aku dapat daripada ustaz...aku pun tak perfect…sekadar nak share jer…

Seringkali apa2 hal perempuan disalahkan…isteri yang di kecam…tak pandai jaga suami..tu pasal suami kawin lain..tak pandai jaga anak..sebab tu anak kurang ajar…

Sebenarnya…

Sebelum kita point finger to others…cer suami tanya diri sendiri….

“Aku taat tak pada Allah?”
“Aku solat 5 waktu sehari di awal waktu tak?”
“Aku solat di masjid tak..tambah2 solat subuh?”
“Aku seorang MUKMIN yg baik tak?”  >> bukan sekadar MUSLIM yer...
“Apa tuhan suruh aku buat tak?”
“Apa tuhan larang aku ikut tak?”
“Aku bimbing tak isteri dan keluarga aku ke jalan yang betul?”

Then….baru jawab….

“ooo…patutla anak isteri tak taat pada aku sebab pada Allah pun aku tak taat…”
“patutla anak aku kuat melawan dan degil sebab aku pun degil pada Allah…”


………..

Berat kan tanggungjawab seorang suami….kena didik isteri…anak2…
Harus menydiakan pembantu untuk isteri..kalau tak mampu…ajar isteri zikir seperti yg diberi pada Fatimah, puteri rasulullah..mungkin kita tak sampai tahap tu..
Apa pun..suami kena ringankan beban isteri dengan sama2 laksanakan tugasan rumahtangga…tolak ansur…

Sebenarnya…setiap isteri itu pasti mengenali suaminya…

Aku rasa kalau suami betul2 ada ilmu agama..taat pada Allah...sure isteri tak ada alasan untuk menghalang suami dari kawin lagi...

Yer la...cuba bayangkan...ni kalau takat umah pun kongsi bayar...kereta pun share...makan minum tetiap bulan pun bini tolong topup kan...duit sekolah anak2 lagi semua bini tolong support...MAMPU ke suami tu nak bukak cawangan baru?

Itulah sebabnya ramai isteri yang tak boleh terima suami kawin lain...
Satu sebab sakit hati bila suami menipu...tah tah...dah kawin...
Satu lagi sebab sakit hati memikirkan yang dia senang lenang jer puaskan nafsu sendiri..isteri lak yg tanggung susah sorang2...tang kawin 4 tu nak ikut sunnah...hal lain tu ada ikut sunnah? Solat ikut sunnah? Akhlak ikut sunnah?

Of coz..MAMPU beri nafkah yg batin tu sapa pun tak pertikaikan..bab yg satu tu memang semua suami mampu...

Nafkah yang zahir ni..MAMPU ke tak?
Nak senang, cari bini yang bekerja..supaya senang boleh tolong cover…
Tu dikira MAMPU ke?

Kalaulah suami beli/sewa umah sebijik bagi kat isteri..tak kisahler umah kecik ker besar ker…
Pastu kereta pun ada untuk kegunaan isteri…
Duit dapur fully suami tanggung…
Duit untuk belanja anak2 lagi pun suami fully tanggung…isteri manage jer..(tambah kalau bini tak keja)
Suami pun taat pada Allah…sebenar2 taat…dan boleh bimbing keluarga ke jalan yg diredhai Allah…

Then…bila semua keperluan dunia dan akhirat cukup…and still suami tu ada lebihan untuk tanggung keluarga baru…
Barula isteri tak mampu nak menyekat kemampuan suami untuk beristeri lebih…

Sebenarnya kita tak sedar anak2 adalah UJIAN untuk kita…bukan ANUGERAH…
Ujian kita di dunia untuk menentukan kita di akhirat kelak…


Apapun..for me...communication and toleration is very important in marriage..as well as TRUST..
renung2 kan lah...

Wallahua’lam…


4 comments:

  1. i like your post.really make sense! :)

    ReplyDelete
  2. thanks Ms J..tu la..selalu lelaki tak sedar tanggungjawab diorang sangat besar..peh tu sanggup lagi pasang angan2 nak kawin lebih...kalau la diorang tahu azab yg bakal dapat kerana tak didik anak2 ikut agama..mesti tak sanggup buka cawangan nak tambah anak ramai2...hihi

    ReplyDelete
  3. sebab tu akhir zaman nanti 1 lelaki 50 perempuan...bukan sebab lelaki sikit.. tapi "LELAKI" yg benar lelaki yg mampu melindungi perempuan hanya 1 dari ratio 50 perempuan...

    moga anak2 lelaki kita didik supaya tergolong di dlm golongan LELAKI itu...

    ReplyDelete
  4. tu la...nak beranak pun takut la camni..susahnya nak kena didik..tambah2 zaman sekarang cabaran dia lain macam je...

    ReplyDelete