Tuesday, April 19, 2011

Hilang Ingatan

Zaman sekolah dulu..aku ingat ramai jugak kawan2 yang hilang ingatan..
Yer la…rasanya gara2 bersukan…sebab stress…
saspen jer kan bila tiba2 terhilangan ingatan…

Dalam banyak2 kawan..adala sorang kawan ni pompuan yg hilang ingatan..yg selalu hilang ingatan adalah pelajar lelaki…

Jenuh malam tu dia tiba2 nak minum jus durian..gila ko mana nak carik?
Gi beli air gas kat vending machine la kami...tiba2 leh lak cakap..eh..ni bukan jus durian..air ni tajam la...hahahahaha...
Banyakla dia merepek pasal kawan dia nama biskut jagung la...blaa..bla..
Rupanya..sebelum kejadian...siang tu dia plan nak gi outing nak cari durian...
Memang semua makanan yang dia nak beli tu dah bertukar jadi nama kawan2...hahahahah
Akhirnya..warden bawa gi spital..gi cucuk ubat..aku pun tak tau ubat apa depa bagi...


Pastu..bestfren lelaki aku sorang tu pun pernah hilang ingatan jugak...
Tu la...orang tanduk bola sepak...hang pi tanduk kaki orang sapa suruh...tak pasal kaki org tu patah dan hang hilang ingatan...
Masa tu aku ada nampak dia balik prep malam kat dewan makan..
Dia tengok aku semacam jer...eye contact beb...
Aku dapat rasakan dia macam cuba nak cakap sesuatu..berfikir sesuatu...
Yer la..dia macam kenal sangat muka aku ni..tiba2 macam tak leh recall kot sapa la minah sorang ni...aku agakla...
time exam terus tekno hang score full marks...hebat2...

ada sorang lagi ni..pak lob namanya..ceh..tetiba baru nak letak nama…
dia ni pun pernah hilang ingatan jugak..
ni gara2 main ragbi...ntah macam mana depa tarik baju dia..mamat tu terpusing2 lalu jatuh kepala hantuk kat tanah dulu...
hat ni siap..abis penolong kanan pun dia maki tengah dok ilang ingatan tu...isk..isk..isk..
sib baik time tu ilang ingatan..kalau tak..mau kena lempang...

paling aku nak gelak...time pak yeh hilang ingatan...ni pun main ragbi jugak kot...
kawan2 memang tak boleh blah...
ada ka patut member hilang ingatan korang leh tanya kat dia “harnida hang ingat tak?”
mentang2la time tu kome gossipkan dia dengan aku…itu soalan pertama hampa tanya…cess…tak patut..tak patut…
kami yang pompuan ni tau dia ilang ingatan pun masa prep petang kot…
aku siap tanya kat depa dia ingat tak mak bapak dia?
Alih2 ada pulak tolong jawab “ tapi dia ingat hang weh…” cakap dengan muka penuh serius dan meyakinkan…
Geleng2 kepala aku sambil gelak….

Antara semua yang hilang ingatan…ada sorang ni la yang paling menyentuh hati kecil ku..ewahhh…
Dia ni senior aku..masa tu aku tingkatan 2..dia form 4..ehh..ke aku form 3 dia form 5? Lupa lak...hmmm
Almaklum..masa tu hanya 4 pelajar form 2 (2 lelaki dan 2 perempuan) dan 4 pelajar form 3 yang dapat jadi pengawas pelapis..sepatutnya..hanya student form 4 dan form 5 sahaja yg boleh jadi pengawas..
So, kami sangat rapat and geng dengan pengawas form 4 time tu..
Brother ni memang kamcheng la dengan aku and Ila…nama glemer dia abg abott..

Sebenarnya aku tak tau dia hilang ingatan…sampaila suatu hari time hightable....
Oh ya…hightable adalah makan malam beradap setiap khamis malam..
So, pengawas2 on duty jaga dewan makan time tu..
Masa tu aku kat belakang dewan tempat tong air sirap tu…tengah nak cedok air dalam jug….
Tiba2 dia ada kat area situ datang tegur aku…
“ni Harnida kan?”

Aku pun pelik...kenapa dia tanya macam tu...terus aku jawab “ ya la..kenapa?”

Dia ulang lagi..”ni harnida kan?”

Aku pun ulang balik...”yer la..kenapa?”

Pastu dia tanya aku.. “oo..tak tahu ker?”

Aku jawab “ tak tahu apa?”

Pastu..aku pun blurr sebab ramai kakak2 pengawas batch dia dah kerumun dia pakat semua soh teka sorang2 nama depa…

Pastu aku dok kat meja makan..time tu aku dok sebelah kak Ju..
Barulah kak Ju cerita kisah abg abott hilang ingatan..sangat kesian ok…
Time tu jugak merambu-rambu air mata aku keluar time dengar cerita dia..
Macam mana diorang cerita dia nak balik umah..diorang dah tulih siap2 nombor tepon dia kat kertas...lepas turun bas dia tekan sebijik2 public phone tu ikut nombor yg depa tulih...
Dia pernah tanya kenapa kaler tie dia tak sama dengan kaler tie kawan dia..sebab dia pengawas..tie kaler biru tua..kawan dia kaler meroon...
Time kelas kimia...dia macam sedih cakap kat cikgu..kenapa dia tak ingat..tak pernah belajaq pun subjek tu...mujuq cikgu azura time tu gila supportive...siap cakap kat dia..ala..kawan2 kamu pun semua tak tahu juga...punyala tak nak bagi dia down sebab tak ingat apa2 subjek tu..respect aku kat cikgu Azura time tu...
sedih aku dengar citer pasal abg abott ni...

tapi..paling aku terharu sebab malam tu aku orang first dia tegur..bukan awek dia yg di tegur dulu..hehehehe
tak taula memang time tu dia baru mula nak ingat kembali atau memang dah lama ingat...
apa pun..aku still terharu sebab dia ingat aku..
sib baik ingatan dia dah ok...kalau tak..jenuh nak SPM...isk...tak terbayangkan...

tu la antara cerita kawan2 yang hilang ingatan masa kat skolah..
kat sekolah aku jer ker jadi camtu ekk?
Sekolah lain ada gak ker kes hilang ingatan ni?


No comments:

Post a Comment