Thursday, March 31, 2011

Kita tetap 'Bestfriend' sampai bila-bila...

Banyak jugak barang yang aku bawa balik dari Penang aritu...harta karun lama...
tu pun aku tak sempat mengemas lagi semua..
tapi kan..ada sehari tu aku sempat belek sket barang2..
aku terjumpa sekeping kad dalam sampul..ada sepucuk surat sekali dalam kad tu...


iya..kad dan surat tu ditujukan untuk aku..
tersenyum aku menatapnya...
tak sangka sampai skarang aku masih simpan...
surat tu ada la dalam 5-6 helai coretannya...
mesti korang ingat surat cinta kan?
no..bukan surat cinta...
tapi surat dari seorang sahabat baik..

aku masih ingat lagi aku terima surat tu di hari akhir persekolahan...
yer..selepas tamat exam SPM..
masa tu semua dah sebok packing barang2 untuk balik ke rumah masing2..
aku turun kat bilik gerakan pengawas untuk jumpa bestfriend aku sorang ni..
sebab aku tau..lepas ni mungkin kami tidak lagi akan rapat macam sekarang..
mungkin ni kali terakhir kami jumpa sebagai bestfriend..
masing2 sudah tau selepas ni kami akan bawa haluan masing2..

tapi pertemuan terakhir itu sangat beremosi...kalahkan nak berpisah dengan buah hati..
aku hampir menitiskan air mata..tapi ku tahan..
dia pun tak mampu berkata apa2..lantas menghulurkan sebuah bungkusan hadiah dan sekeping kad untuk aku buka setelah pulang...
kerana dia juga tau yang dia bakal menitiskan air mata lelakinya sekiranya bercakap lebih banyak pada waktu itu..
kerana itulah dia coretkan semua luahan hatinya pada malam itu..
dan kad itu lah yang aku baca semula setelah 11 tahun lebih berlalu..

lembaran demi lembaran aku baca sambil tersenyum dan tergelak kecil..
sedangkan suami di depan mata kusyuk membaca buku horoskop aku dari timbunan barang2 yang aku bawa pulang haritu..
aku siap offer lagi nak baca tak?  > tidak dilayan...suka hati la..

surat itu sangat bermakna untuk aku..
surat yang menyingkap rahsia disebalik keakraban kami...
mana mungkin seorang lelaki (tambah yg kontrol macho..ada ego sket) nak kawan baik dengan perempuan...
mungkin perempuan dikategorikan sebagai seorang yang agak leceh untuk dijadikan kawan baik bagi golongan lelaki..
ya..pada mulanya memang dia pun tak terfikir akan seakrab itu dengan aku pada masa dulu..
kami digandingkan secara kebetulan ketika sama-sama kena jaga check point untuk minggu orientasi adik2 junior kalau tak silap..

itula..kalau tak kenal maka tak cinta..
mulanya dia nak elak dari digandingkan dengan aku seorang perempuan ni..
tapi akhirnya..satu ruang persahabatan yang akrab kami layari..
setelah sekian lama mengenali aku..barulah dia tau apa itu erti sahabat..
itu yang ditulis..bukan untuk aku banggakan diri..
banyak coretan yang ditulis tentang perasaan yang dia rahsiakan dari aku..
perasaan sayang pada seorang sahabat..perasaan bagaimana dia menghargai seorang sahabat..
perasaan bagaimana membuang ego lelakinya bila sering merujuk pandangan aku seorang perempuan setiapkali berdepan dengan masalah...

itulah aku...
jika kau bernama sahabat..
aku tidak lihat kau lelaki atau perempuan..
aku layan kau sama rata...

aku doakan kau temui 'gadis kampung' pilihan hati kerana itula dulu impian kau untuk mencari calon penyeri hidup..
sedangkan aku impikan suami yang lebih tua dalam 5 tahun dari aku..tapi dapat yang tua setahun jer pun jadilah...;p

apa pun..ingat lagi tak tagline yang kau pernah tulis?

"Kita tetap bestfriend sampai bila-bila"


 

3 comments: