Friday, February 25, 2011

That’s why I love her so much…(sempena hari ibu nanti ;p )

   Aku datang dari family yang biasa2 saja..
   Aku bukan anak orang kaya..
   Parents aku bukannya lulusan Universiti..malah bukan pemegang ijazah..
   Walaupun hanya belajar di kolej kejururawatan dan bekerja sebagai seorang staff nurse..aku rasa mak
   aku seorang yang wise pada zaman dia dan even sampai sekarang..

   Bagi aku dia adalah seorang ibu yang aku paling aku kagumi..
   Dalam kepayahan dia bangun meneruskan kehidupan..
   Dalam kesempitan dia gagah dan tabah menghadapi segala rintangan..

   Dalam kehidupan dia ajar kami berdikari..
   Ya..berdikari..itula yang aku sangat hargai..
   Kerana kami punyai seorang ibu yang berkerjaya, maka kami anak2 mula belajar untuk buat segalanya
   sendiri..
   Tak perlu disuap makanan ke mulut..tak perlu disediakan bekal ke sekolah..tak perlu menghantar mahupun
   mengambil pulang dari dan ke sekolah..
   Tak perlu digosok pakaian sekolah, tak perlu dikemaskan beg sebelum ke sekolah..tidak perlu menyemak
   segala kerja sekolah anak2..
   Di pendekkan cerita..tak perlu disuruh melakukan setiap kerja..tak perlu diperingatkan setiap masa..anak2 
   sudah pandai berdikari dan memahami..sudah tahu melakukannya sendiri..

   Ibuku seorang yang sangat memahami, pandai bertoleransi dan psychology..
   Dia tahu masa nak mendidik anak2 semasa mereka kecil..
   Ketika itula segala kesalahan di tegur..yang mana silap diperbetul..
   Tapi bila anak2 meningkat dewasa, dia tahu menjadi seorang ‘kawan’ kepada anak-anaknya..
   Dia memahami akan setiap perwatakan anak2 nya..

   Masa anaknya kecil, dia akan suruh jemur kain baju..
   Hanya akan ditegur sekali sekiranya cara sidaian tidak kena..

   Kerana dia memahami, anaknya cukup bijak untuk berfikir setelah ditegur sekali..
   Anaknya sudah faham kenapa perlu pakaian diterbalikkan..kenapa kain yang tebal di jemur pada bahagian
   ampaian yg luar..tak perlu diingatkan setiapkali even sampai dewasa..

   Sekiranya teguran yang sama setiap kali menyuruh anaknya menjemur pakaian..
   Alamat mengamuklah anak2..di situlah ibuku bijak memahami perangai anak2 yang tidak suka di suruh 
   berkali2..tidak suka diperingat setiapkali..pokok kata, tidak suka diarah buat itu dan ini..biar mereka buat
   sendiri..
   Kerana dia tahu, anaknya tahu akan perkara itu..tapi masa itu mungkin anaknya malas..sebab itulah tidak  
   melakukan seperti yang sepatutnya..masa itulah dia akan diam tidak menegur..kerana dia faham akan
   ‘kepantangan’ anak2nya itu..pantang tegur kalau perkara itu sudah sedia maklum diketahui..

   Sekarang aku amat bersyukur..kerana ibuku tak seperti ibu yang lain..
   Dimana mereka mungkin sudah biasa menguruskan rumahtangga sendiri..
   dari sekecil2 benda sehinggalah sebesar-besar hal…
   hal anak2 mereka urus dari makan pakai dan serba serbi..sehingga sukar melepaskan anak2 berdikari..
   Anak yang besar panjang pun masih lagi mereka suka tegur dan menasihati ibarat anak kecil mereka..

   mungkin anda tidak memahami maksudku di sini..
   ibarat menegur anak kecil yang aku maksudkan adalah seperti mengingatkan supaya berhati2,
   lantai licin tu…
   tolong jemur kain letak yg tebal tu kat tengah..
   baik2 makan tu ada tulang ikan tak nampak kang tercekik…
   baik2 tuang ayaq tu..panas..

   kalau ibuku..konpem satu ayat jer dia cakap > "tolong jemur baju sat"  < tak perlu beri arahan detail  
   seolah2 anak2 tiada akal untuk fikirkan cara

   kalau ibuku..confirm dia tak akan tegur begitu..kerana dia tahu anak2nya sudah dewasa..
   tahu menilai..tahu  berfikir..
   mata masih terang untuk melihat tulang ikan..
   masih nampak lantai kering atau basah..
   kalau tak berhati2..sendiri yang tanggung akibat..
   itulah pengajaran akibat kecuaian..

   iya..mungkin ibu2 lain terlampau protective..mahu yang terbaik untuk anak2..
   takut kejadian buruk menimpa akibat kecuaian itu..
   tapi bagi ibuku..dia tidak mampu menjaga anak2 24 jam setiap hari..
   dia hanya mampu berdoa supaya Allah yang tolong pelihara anak2nya..
   semua kejadian adalah qada' dan qadarnya..

   ya..terlalu banyak perkara yang aku kagumi tentang ibuku..
   dia memhami bila aku ditimpa musibah..
   dia sedia menemani bila aku memerlukan..
   kalau aku sakit..ibulah yang paling aku perlukan…bukan suamiku..
   kerana dia tidak cepat gelabah..dia rasional…

   cukupla aku menyatakan betapa aku bangga ada ibu sepertimu..
   aku ingin mejadi ibu sepertimu kelak..

   betapa aku sayang padamu…
   terima kasih atas segalanya..
   tak ternilai budimu..tak terbayar jasamu..



No comments:

Post a Comment