Tuesday, February 8, 2011

Anda peminat kucing? AWAS!!!

Tiba-tiba rasa nak share kat sini pasal seekor haiwan yang dipanggil kucing..

Aku bukannlah seorang yang suka gila2 dengan kucing..takat main kejap2 jer cukup..
Tak kuasa nak bela bagi makan basuh berak kencing kucing…
Salah satu sebabnya kerana aku suka berjalan..nak tinggal kucing mesti kena ada stock makanan or kena ada orang usruskan kucing tu sepeninggalan kita..that’s not so me la kan…malas nak menyusahkan diri sendiri…baik aku bela anak sendiri..confirm ko kena bagi makan basuh berak kencing dia..itu aku la..orang lain ada pandangan sendiri..

Suatu hari, seorang saudara ada menceritakan perihal kucingnya yang berkemungkinan diracun…ceh..macam ayat buku cerita lak…
Dia tak nak menuduh sembarangan..sebab tak nampak..tapi kucing dia muntah keluar cecair kuning..
semut yang hurung makan muntah kucing tu pun mati juga…ada jiran dia pernah cakap pasal anjing liar kat area taman perumahan mereka kalau tak silap..dia cakap kalau dia senang jer..gaul jer racun tikus dengan sardine..letak kat luar biar anjing tu makan…mati….    Astaghfirullah…

Serius…walaupun aku bukanlah peminat haiwan..tapi simpati weh..kejam nyer orang tu sanggup bunuh haiwan macam tu…walaupun anjing..

Nak di jadikan cerita…sedara aku ni pun beranggapan mungkin kucing dia turut menjadi mangsa…ada sebab kenapa jadi demikian..
                                                                            ------

Apa yang aku nak share kat sini bukan nak menghukum orang yang berbuat demikian..tapi sebenarnya nak mengajak kita berfikir dimana silapnya sehingga terjadi perkara sedemikian…

Mungkin orang akan kata biasala haiwan, mana ada akal..sebab tu berak merata2..
Tapi..kita terfikir tak...tuan yang bela kucing tu ada akal tak?
Kalau berakal, kenapa biar kucing kita berak merata2 sampai berak kat laman rumah orang?

Kalau betul kita sayang binatang..uruslah sebaik mungkin..train berak dalam tandas atau sediakan pasir khas untuk dia lawas hajat kat situ..

Aku ada kawan dan sedara yang betul2 sayang kucing..tapi diorang jaga betul2..ada yang train berak kat toilet..ada yang sedia pasir..kan senang...tak ganggu jiran tetangga..

Kadang2 jiran kita mesti segan nak tegur..tambah pulak orang yang nak ditegur tu mungkin orang tua..mungkin orang tu jenis banyak cakap,pandai cakap dan asyik nak menang jer kalau cakap..mesti orang fed up nak cakap kat dia kan...

Tapi kita kena ingat..kebersihan itu amat dituntut dalam agama..pandai2 la kita jaga kebersihan..pandai2 la kita jaga hubungan dengan jiran...

Sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yg betanya tentang seorang wanita yg banyak melakukan  solat sunat, puasa sunat dan bersedekah melainkan ia menyakiti jirannya: Dia (wanita itu) di dalam neraka. {Hadith riwayat Ahmad, al-baihaqi, al-bazzar dan Ibn Hibba. Kata Al-baaniy: Hadith Soheh}

Bila baca hadith ni...aisey man...ko beribadat banyak mana pun..kalau dah menyakiti jiran tetap masuk neraka...takutnya.....so..renung2kan lah yer...


No comments:

Post a Comment