Monday, February 28, 2011

Jangan Lupa Pasang Lampu yer... ;p

   Baru2 ni aku kena datang keje on weekend..
   So, hubs cakap bawak ler kete sendiri yer...
   Ok..no prob...

   Rasanya dah lebih sket dari 4 bulan aku tak drive..yer la..dari Oktober last year start jadi ma'am besaq..
   kete yang ada pun of coz la kete manual kan..
   but tak adalah rasa cuak ker apa...

   Elok sampai opis terus tepon hubs cakap dah sampai..
   Boleh lak dia tanya bawa ok ker?Enjin tak mati?
   Hello....jangan la pandang rendah sampai camtu kat I tau...
   i bawak steady jer laju...paling laju 120km/j paling slow 90 km/j kat Federal tu..
   ops...jangan bawa laju2 sgt yang...dah ler lama tak bawa kete...sabaq jer la..

   tapi paling tak boleh blah...
   bila I message cakap nak balik lepas solat maghrib..tau apa I dpt reply?


   "Jangan lupa buka lampu yer..take care"


Friday, February 25, 2011

That’s why I love her so much…(sempena hari ibu nanti ;p )

   Aku datang dari family yang biasa2 saja..
   Aku bukan anak orang kaya..
   Parents aku bukannya lulusan Universiti..malah bukan pemegang ijazah..
   Walaupun hanya belajar di kolej kejururawatan dan bekerja sebagai seorang staff nurse..aku rasa mak
   aku seorang yang wise pada zaman dia dan even sampai sekarang..

   Bagi aku dia adalah seorang ibu yang aku paling aku kagumi..
   Dalam kepayahan dia bangun meneruskan kehidupan..
   Dalam kesempitan dia gagah dan tabah menghadapi segala rintangan..

   Dalam kehidupan dia ajar kami berdikari..
   Ya..berdikari..itula yang aku sangat hargai..
   Kerana kami punyai seorang ibu yang berkerjaya, maka kami anak2 mula belajar untuk buat segalanya
   sendiri..
   Tak perlu disuap makanan ke mulut..tak perlu disediakan bekal ke sekolah..tak perlu menghantar mahupun
   mengambil pulang dari dan ke sekolah..
   Tak perlu digosok pakaian sekolah, tak perlu dikemaskan beg sebelum ke sekolah..tidak perlu menyemak
   segala kerja sekolah anak2..
   Di pendekkan cerita..tak perlu disuruh melakukan setiap kerja..tak perlu diperingatkan setiap masa..anak2 
   sudah pandai berdikari dan memahami..sudah tahu melakukannya sendiri..

   Ibuku seorang yang sangat memahami, pandai bertoleransi dan psychology..
   Dia tahu masa nak mendidik anak2 semasa mereka kecil..
   Ketika itula segala kesalahan di tegur..yang mana silap diperbetul..
   Tapi bila anak2 meningkat dewasa, dia tahu menjadi seorang ‘kawan’ kepada anak-anaknya..
   Dia memahami akan setiap perwatakan anak2 nya..

   Masa anaknya kecil, dia akan suruh jemur kain baju..
   Hanya akan ditegur sekali sekiranya cara sidaian tidak kena..

   Kerana dia memahami, anaknya cukup bijak untuk berfikir setelah ditegur sekali..
   Anaknya sudah faham kenapa perlu pakaian diterbalikkan..kenapa kain yang tebal di jemur pada bahagian
   ampaian yg luar..tak perlu diingatkan setiapkali even sampai dewasa..

   Sekiranya teguran yang sama setiap kali menyuruh anaknya menjemur pakaian..
   Alamat mengamuklah anak2..di situlah ibuku bijak memahami perangai anak2 yang tidak suka di suruh 
   berkali2..tidak suka diperingat setiapkali..pokok kata, tidak suka diarah buat itu dan ini..biar mereka buat
   sendiri..
   Kerana dia tahu, anaknya tahu akan perkara itu..tapi masa itu mungkin anaknya malas..sebab itulah tidak  
   melakukan seperti yang sepatutnya..masa itulah dia akan diam tidak menegur..kerana dia faham akan
   ‘kepantangan’ anak2nya itu..pantang tegur kalau perkara itu sudah sedia maklum diketahui..

   Sekarang aku amat bersyukur..kerana ibuku tak seperti ibu yang lain..
   Dimana mereka mungkin sudah biasa menguruskan rumahtangga sendiri..
   dari sekecil2 benda sehinggalah sebesar-besar hal…
   hal anak2 mereka urus dari makan pakai dan serba serbi..sehingga sukar melepaskan anak2 berdikari..
   Anak yang besar panjang pun masih lagi mereka suka tegur dan menasihati ibarat anak kecil mereka..

   mungkin anda tidak memahami maksudku di sini..
   ibarat menegur anak kecil yang aku maksudkan adalah seperti mengingatkan supaya berhati2,
   lantai licin tu…
   tolong jemur kain letak yg tebal tu kat tengah..
   baik2 makan tu ada tulang ikan tak nampak kang tercekik…
   baik2 tuang ayaq tu..panas..

   kalau ibuku..konpem satu ayat jer dia cakap > "tolong jemur baju sat"  < tak perlu beri arahan detail  
   seolah2 anak2 tiada akal untuk fikirkan cara

   kalau ibuku..confirm dia tak akan tegur begitu..kerana dia tahu anak2nya sudah dewasa..
   tahu menilai..tahu  berfikir..
   mata masih terang untuk melihat tulang ikan..
   masih nampak lantai kering atau basah..
   kalau tak berhati2..sendiri yang tanggung akibat..
   itulah pengajaran akibat kecuaian..

   iya..mungkin ibu2 lain terlampau protective..mahu yang terbaik untuk anak2..
   takut kejadian buruk menimpa akibat kecuaian itu..
   tapi bagi ibuku..dia tidak mampu menjaga anak2 24 jam setiap hari..
   dia hanya mampu berdoa supaya Allah yang tolong pelihara anak2nya..
   semua kejadian adalah qada' dan qadarnya..

   ya..terlalu banyak perkara yang aku kagumi tentang ibuku..
   dia memhami bila aku ditimpa musibah..
   dia sedia menemani bila aku memerlukan..
   kalau aku sakit..ibulah yang paling aku perlukan…bukan suamiku..
   kerana dia tidak cepat gelabah..dia rasional…

   cukupla aku menyatakan betapa aku bangga ada ibu sepertimu..
   aku ingin mejadi ibu sepertimu kelak..

   betapa aku sayang padamu…
   terima kasih atas segalanya..
   tak ternilai budimu..tak terbayar jasamu..



Thursday, February 24, 2011

Arrrrghhhhhhhhhh…menciiinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Arrrrghhhhhhhhhh…menciiinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
Aku dah gemoooookkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!

Baru2 ni terajin gi wat wardrobe clearances..almost ¾ of my t-shirts have to let go…
Around ¾ of my blouses too have to let go…
Some of the trousers…haishh…
Belum clear kan pakaian umah yg bertimbun tu..mostly yang tak menepati piawaian untuk pakai depan PIL..hahahaha

“Tu la syg u tak belikan I baju baru..alamat nanti I kena berbogel la ;p “


Sapa suruh makan tak ingat…kek semua asyik buat dan bedal sendiri…lama2 kumpul lemak tepu..baru terhegeh2 nak gi jogging..

Baju2 lama simpan konon mana tau suatu hari I tiba2 kurus balik kan… 
Ø      dah…berangan la kau di situ…


Wednesday, February 23, 2011

Asal usul Lamborghini

Hari tu adik aku ada cerita pasal macam mana Lamborghini leh wat kereta...
OOooo..Lamborghini tu nama orang ka....baru ku tahu...
Adik aku ni rajin nau google benda2 yg kita tak terpikir kekadang2..
Tapi story dia menarik minat aku...

Ringkasannyer camni....Lamborghini ni innovative la..dia suka buat jentera sendiri kat kawasan ladang yang dia tinggal..(so, aku assume pekerjaan beliau pada masa itu adalah peladang yang mencipta jentera untuk kegunaan sendiri la..)

masa tu dia pakai Ferrari....(gilos kaya peladang ni sebab pakai Ferrari...)
tapi dia tak puas hati dengan clutch Ferrari tu...terus dia gi jumpa somebody kat Ferrari pi complaint la pasal clutch...

nak dijadikan cerita tu..org Ferrari tu macam kureng jer..konon2 macam ko tak tau apa2 pasal kereta tak yah dok cakap banyak...kalau banyak songeh sangat pi buat kereta sendiri...aku rasa ala2 camtu la ayat...

tapi serius...terus pastu memang Lamborghini wat kereta dia sendiri..amek kau...lagi hebat dari Ferrari time tu...padan muka...

tapi sebenarnya...aku baru google pasal history Lamborghini...lain sket ceritanya...
aku copy paste sini...source from http://www.lamboweb.com/History.htm


Ferruccio Lamborghini was born in Italy in 1916. He was fascinated with engines from an early age. During World War II he joined the army and was stationed on the island of Rhodes. Fortunately there was little going on there during the war.  The island was essentially isolated from the rest of the world. Any cars, trucks or motorcycles that broke down had to be repaired on the spot with reused parts.  Lamborghini became known as a wizard at mechanical improvisation and became very much in demand at fixing engines.

After the war he returned to his home near Modena in northern Italy and setup a small car and motorcycle repair shop.  He soon realized that there was a desperate need for tractors in the agricultural area in which he lived. He found he could build about one tractor a month from derelict military vehicles. As Italy's economy grew demand for his high quality tractors started to grow. He began building his own tractor engines. His tractor business became very successful reaching a rate of over 400 a month in 1960. He soon looked at expanding the business and in 1960 began manufacturing heaters and air conditioning units for buildings as well as maintaining the tractor business. This too became very successful.

About this time Lamborghini started to get interested in developing a high performance car. He had owned Oscas, Maseratis and Ferraris but was always disappointed with them.  Particularly their engines. There is a now famous story about how he was frustrated with problems he had with a clutch in a Ferrari (a Ferrari 250 GT), and went to visit Enzo Ferrari who's factory was nearby. Enzo had no time for a tractor manufacture and simply dismissed him. Lamborghini decided there was nothing Ferrari was doing he could not do better. He decided too build his own car with a V12 engine.  For the design he found a very talented engineer named Giampaolo Dallara who had previously worked on a Ferrari V12 engine.

The new engine had 4 cams, a short stroke and 4 big bore valves per cylinder.  It developed a surprising 350 HP. It was an all aluminum engine with a crankshaft supported by seven main bearings. These crankshafts were machined from SAE 9840 steel.  The connecting rods (12) were of SAE 4340 steel. The pistons were of forged aluminum. Each pair of camshafts were driven by their own half engine speed sprocket and silent chain.  This engine was really the prototype for all future Lamborghini engines. A body designed by Scaglione-Touring was used to house the engine.

The Lamborghini "350 GTV" prototype was shown to the public on the Turin Auto Show of 1963. Sales started the following year. The car was called the 350 GT. It was a complete success.  Over 130 were sold.The future of Automobili Lamborghini looked very bright during the sixties. The 350 GT was succeeded by the 400 GT and then the  400 GT 2+2.  The 350 GT and 400 GT 2+2 made the Lamborghini name known throughout the world. With the funds coming in from these cars and his successful tractor business Ferruccio allowed his engineers to design and construction a new car - the Lamborghini Miura. The Miura made the Lamborghini name legendary. It was a car truly ahead of its time. It shocked even companies like Ferrari and Maserati.

The Miura was first shown on November 1965 at the Turin Auto Show by Ferruccio Lamborghini himself. Only the chassis was shown at the show, the engine was transversely mid-mounted, something up to then only seen in real F1 race cars. The design of the body was executed by Marcello Gandini in less than a year, and on the March 1966 Geneva Show it was completed and on display. It looked even better than in Turin. The car was very aggressively styled, and an appropriate name was chosen for it, the Miura, a name taken from the ferocious Spanish fighting bulls.  Again the car was a complete success.
This was followed in 1973 at the Geneva Auto Show when Lamborghini shocked the world again with his revolutionary LP400 Countach. Only a prototype was shown. Today it is difficult to realize the impact that car had on everybody at that time. Even now the car is a show stopper! The car at the show was painted in a bright red and with a black suede interior. It showed for the first time, the by now, famous, Lamborghini signature swing up doors. It also displayed unique vertically mounted rear air intakes to go with its powerful 4 Liter engine.

In 1974 disaster struck.  The Lamborghini tractor business received a major setback. A massive order for tractors to a south American country was cancelled. Lamborghini anticipating the demand, had previously upgraded the tractor factory to be able to build the numbers of tractors required. The company lost a lot of money over it. Compounding things also at this time was a series of labor problems at the factory. While his personal fortune was still considerable he decided to sell part of his share in the factory. Eventually the factory was taken over by Fiat.

During the seventies the company survived on sales of Miura's. The car business started to be self sufficient and make money.  However Lamborghini eventually sold all his remaining stock in the company to a Swiss investor.  The company to this day still retains his name however.  Ferruccio Lamborghini died in February 1993 at the age of almost 76

The oil crisis of the 70's started to made sales of high performance cars difficult.  Production art the factory was plagued with budget and parts supply problems.  People gave up waiting for cars with two year back orders. A wealthy Canadian, Walter Wolf,  played a major role is supporting Lamborghini and developing the Countach during these difficult times.

In 1978 the company declared bankruptcy. An Italian court was appointed to find a buyer.  A Swiss based group called the Mimran brother's were able to save the factory. Patrick Mimran (one of the brothers),  in 1980 started to turn the company around. The Countach was developed further under him from the LP500 S right up to the impressive QuattroValvole. .

Just as things were going well, the Mimran brothers sold the company to Chrysler Corporation.  This was a big surprise at the time.  Chrysler support however was just what the company needed at that time. They were working on a Countach successor --  the Diablo. Chrysler kept the winning team together in Italy. While the cultures of the two companies were different and things got stressful between the management groups, they did succeed in bringing the vast resources of Chrysler to bear on the  design, pollution controls, and new manufacturing techniques etc. for the new car.

Again the result was an outstanding success. The new Lamborghini Diablo got rave reviews everywhere it went.  However in another twist of faith, in 1994 Chrysler fell upon hard times and had to sell the company. It was bought by an Indonesian investment group headed by Tommy Suharto of the well known Suharto family.  Unfortunately in the late 90's an economical crisis started to hit the Indonesian owners hard and the much needed money for research on a successor to the Diablo started to dry up.
Fortunately the German company Audi had an interest in Lamborghini. On August 4 1998, in a complex series of transactions Audi AG became the sole owner of Automobili Lamborghini. As in the case of the Chrysler buyout, this could not have been a better time for Lamborghini. Audi took an active role in designing the Murcielago and brought to the table again the vast resources of a major automobile company to develop and produce another exotic car.

Lets hope this is the last chapter of ownership changes in this unique little Italian car company.  It is to the credit of the people there that they have hung in to all the changes of ownership they have experienced over the years and yet produced such exciting cars.

Sekian knowledge sharing kali ni....  :)


Tuesday, February 22, 2011

Hasil Terpendam...

Ni hasil kerja tangan beberapa hari cuti camni la...
baju kosong...so, kena tambah seri sikit dengan beads...


ni dah complete dengan tangan sekali...tapi blurr la pulak..

takperla..pic dari henpon memang camni la...

ni lak untuk kegunaan adik nanti...pasni sapa nak sewa pun boleh ;p
dulu pernah tengok ala2 camni dalam harga 1.5k...gila ke hapa nak beli...kalau dah boleh buat sendiri kenapa perlu beli kan ...ahaks.. :)

ni gambaq sebelum aku cuci sket...



Monday, February 21, 2011

Baju kurung kedah dah pupus ka?

Percaya tak aku cari baju kedah utk MIL kat Jalan TAR tapi tak ada..
ada satu kedai tu jual..but kain cotton yg murah gila..aku rasa beberapa kali pakai konpem jahanam...
yg kain licin punya tak ada..
mostly jual blouse modern...
takkan la nak kena cari kat Penang kot..aku rasa kat bazaar memang ada...

sekarang belum mood rajin nak jahit baju...
memang ada ada spare kain utk jahit selai baju kedah kat MIL...
kesian aku tengok baju kedah cotton yg aku  jahit kat dia dulu pakai sampai dah buruk..
terus aku soh dia wat kain buruk jer..kalau aku tak suruh wat camtu..mesti dia tak sampai hati nak buang sebab aku susah2 jer jahit kat dia...

yg pesen kain licin tu dia pakai jugak..tapi dia kata tak jerap peluh la..dia suka cotton lagi..
insyaallah...ada rezeki dia nanti adalah...



Friday, February 18, 2011

Album lama

Disuatu hari...

anak: ma dah packing ker semua barang nak pindah nanti?

ibu:    dah..tinggal sikit2 jer lagi..

anak: barang Aida ada banyak lagi ka?

ibu:    hah..album gambaq hang bertimbun2..nanti hg bawa balik sana...

anak: ala..ma simpan la...mama ni...sampai hati ma tak mau tengok gambaq aida ka...

ibu:    bukan ma yg tak mau tengok..tapi hg sendiri yang tak mau tengok apa hal...

anak: bukan tak mau tengok...tapi malas nak bawa balik sini...dalam tu ada gambaq ex-girlfren hubs
          skali..nanti dia tengok sama...

ibu:     hang buang jer la gambaq ex-gf dia tu...

anak:  mana boleh..tu gambaq kenangan aida dengan kawan2 jugak...

ibu:     ala...gambaq ex-gf pak hang bertimbun dalam album kat umah ni..mama relax jer...

anak:  yer la..yer la...nanti aida bawa balik sini la..huh...

(dalam hati: abisla alasan aku takleh pakai..padahal bukan sebab gambaq ex-gf..sebenarnya aku malas nak semakkan umah aku kat sini..mama pun takmau semakkan umah dia dengan album aku..hish...nak simpan mana weh?)

Thursday, February 17, 2011

maths everyone?

Dah lama aku tak wat keja gila camni...
Ingat otak dah berkarat..tapi boleh tahan juga...perlu asah sikit jer lagi...hahaha

adik aku mms gambaq cuppies nyer tempat ni..dia baru beli..
the reason mengapa dia mms kat aku adalah untuk soh aku budget berapa biji cuppies leh letak kot..
well..sebab aku yg akan kena sponsor the cuppies nanti..harus la aku buat perkiraan yang sepatutnya..

cuppies aku order..tak sempat nak wat sendiri...
well..nak tahu berapa biji cuppies pakai...aku buat kira2 maths sekejap...
aku tanya diameter setiap tier...pulun ko aku kira  < pai *J kuasa dua > dan <2* pai * J>...
kena pulak cuppies yg aku nak order tu in 2 boxes...one box diameter cuppies 2 inc another box diameter 1.5 inc...

so, from the calculation..aku kena dapatkan how many large cuppies needed for the lowest tier..
how many needed and cukup for the middle tier and how many needed for the upper tier...
sebab kat middle tier tu akan ada campuran large and small cuppies...

as the large cuppies hanya ada 25 pcs in a box while the small cuppies contains 36 pcs in a box..

macam penyelesaian masalah dalam latihan matematik sungguh...but i manage to calculate it...bangga siot...
tunggu hari jer nanti nak arrage tengok accurate tak...hahahah





Wednesday, February 16, 2011

Khabsa Rice & Black Pepper Grilled Chicken


Mentang2 la cuti panjang...asyik post gambaq makanan jer..
tak per..time ni aku rajin sket...

tapi paling tak tahan tu..ada satu pagi celik2 mata tiba2 hubs cakap nak makan khabsa rice...
dah ler baru 2 days before dah makan nasi kat Arabic cafe..even the next day pun aku dah masak briyani...isk...penat jogging dah tambah kalori balik...ceit..

but on Sunday...aku wat jugak la nasi khabsa ni...resepi dapat dari dalam buku..harap maaf saya adalah seorang pemalas nak salin balik resepi...kalau leh cut and paste tak pa jugak..bila dalam hardcopy..ampun...gi salin sendiri..hehehe..
dalam resipi ada pakai apa kebenda nama syibah kot..aku tak sempat google...but aku gantikan dengan sedikit rempah briyani..tomato dalam nasi ni tak hancur sangat...kalau hancur lagi elok...sepatutnya khabsa ni masak sekali ayam/daging dalam nasi ni..tapi aku kureng gemar makan lauk ayam camtu..

so aku tukar wat ayam panggang black pepper...resepi mudah > perap ayam dengan bawang putih, halia, lada hitam yang ditumbuk, madu dan sos tiram..then bakaq..takmo bakaq? goreng pun sodap..

ha ni..lagi satu selalu kalau makan nasi arab ni sekali dapat pakej dengan pes tomato yg diorang wat sendiri..
serius..ni pun aku tak sempat google makan aku try hentam buat sendiri saja..seb baik boleh tahan la..tak ada la mneyimpang jauh dari yg selalu makan..

konon api besaq..nak buat ala2 ayam goleh la pulak....kerja bakaq membakaq sudah sejak azali keja en. suami...awak requested nak makan..sila panggang sendiri...

hasil bakaran...



Monday, February 14, 2011

Cuppies@KLCC

Sempat aku n adik try these cuppies masa kat KLCC..kat Bisou kalau tak silap namanya..

Adik aku amek Dark Choc ni..tengok..tak sempat snap dia nak makan sket topping tu...
she likes the topping..the cake taste normal..macam kek biasa makan..



i've tried this red velvet cuppies..ermm...i think the one that i bake taste better...not because i baked it..it is because the recipe kot..topping cuppies ni tak manis sangat..terasa kekejuan nya...ntahla...before this aku tried red velvet kat wondermilk juga..but lagi kureng dari ni..so far.. yang aku bake ada 2 resepi..both aku suka...conclusionnya....
macam tag line chef Dani dalam Tiramisu : " buat apa beli kalau boleh buat sendiri"  ;p



Sunday, February 13, 2011

Macam orang tidoq

Refer kepada kucing ni....ehh..ni bukan kucing aku...kucing anak buah hubs..
relaks jer kucing ni tido siap before that tangan letak atas muka sebijik cam orang tidoq..
orang kuar masuk bilik sikit pun tak bangun kucing ni...seb baik kucing ni tak kencing berak merata...





Saturday, February 12, 2011

Vanilla Cuppies

Actually..MIL requested to bake plain butter cake..
but i told her dah lama teringn nak wat cuppies with butter cream topping ni..

end up..i doubled the recipe but hesitate to double up the baking powder..takut pahit konon...ingatkan bila bakar still boleh mengembang...but rupanya naik sket jer..macam dah bentat lak cuppies aku..

as a result, terpaksala aku letak topping banyak nak cover kerendahan kek tu..manis melecas ok...oleh sebab pemakaian topping yg banyak utk setiap biji...tak cukup toping..huhu..maka dapatla design bodoh camni...and..tak cukup cup juga..aku pakai paper cup nipis utk letak kuih raya tu..that one pun togel without topping...nak wat topping lain dah malas sebab gula abis..pesan hubs tolong singgah beli pun dia cakap abis...huhu..maka...makan jer la apa yang ada...






Friday, February 11, 2011

Update- Red Velvet Cuppies

This entry dedicated for Ms J on her query from previous post.
The red velvet cuppies i bake below source from http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCupcakes.html
but the cream cheese frosting i'd used the balance one from previoud red velvet cake Aunty Nani Rostam's recipe. So, i did not try yet the frosting from this recipe.
There are 2 types of red coloring.
One is red or red apatah..not remember..
another one is cochineal > baru check kat botol.. (UPDATED)
i use the cochineal read as it has darker shade of red compared to the other one.
that is why u see my cuppies and cake in deep red color.

Red Velvet Cupcakes:

1 1/4 cups (125 grams) sifted cake flour
1/4 teaspoon salt
1 tablespoons (10 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/4 cup (57 grams) unsalted butter, at room temperature
3/4 cups (150 grams) granulated white sugar
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) buttermilk
1 tablespoon liquid red food coloring
1/2 teaspoon white distilled vinegar
1/2 teaspoon baking soda
Cream Cheese Frosting:
4 ounces (113 grams) cream cheese, room temperature
1/4 teaspoon pure vanilla extract
1/4 cup (30 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
1/3 cup (80 ml) cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat


Red Velvet Cupcakes:
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and line 12 muffin tins with paper cupcake liners.

In a large bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder.

In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes).


Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes).


Add the egg and beat until incorporated. 


Scrape down the sides of the bowl.


Add the vanilla extract and beat until combined.
In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. 


With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter. 
Working quickly, divide the batter evenly among the 12  muffin cups and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon.


Bake in the preheated oven for approximately 18 - 23 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cupcakes comes out clean.
Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes and them remove from pan.
 Let cool completely before frosting.


Either spread the frosting with a knife or offset spatula, or use a large 1M Wilton open star decorating tip to pipe the frosting.
Cream Cheese Frosting:


In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth.


Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth.


Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to pipe.


Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.
Makes 12 cupcakes.


Red Velvet

Buat atas permintaan suami yg kena kerja on Wednesday sebab nak bawa bekal konon...

Try another recipe of red velvet...cuppies...
but used balance cream cheese topping from previous red velvet cake..
that topping agak cair if biar kat luar..maybe next time kena adjust sket...

but the cuppies...seriously yummy!




Thursday, February 10, 2011

Ko saper?

Di suatu pagi...

Suami: Ada orang tu..smlm tengah sejuk2 tido malam abg peluk dia...tapi kan..tiba2 tanya saper ni
            saper ni?

Isteri: yer ler? sorry la syg...serius tak sedar pun time tu...

Suami:  Abg pun dengan mata masih tertutup ni jawab ler " ni abg ni.."  terus rasa hny cam dah ok...

Isteri:  ish...camner ni yang..dah beberapa kali dah camni...tu la...selalu tido berlaga bontot jer...sorang  
          ngadap kiri..sorang ngadap kanan..macam tido sorang2 jer...hmmm...apa kata lain kali cuna abg
          jawab ni Tom Cruise la...nak tengok apa reaksi hny... ;p

Suami:  isk..tak nakla..nanti tak pasal abg kena sepak...



Wednesday, February 9, 2011

Puding Roti


Dah lama teringin nak buat puding roti..bila tah nak punggah cari resepi yang mama bagi...malas lak...
kebetulan tiba2 tengok Aunty Nani Rostam buat puding roti siap ada resepi...daripada nak punggah cari kat umah tu..better try jer resepi yang ada depan mata...senang..

I tak der caserole...pyrex nak bakar..ada loyang jer...


patutnya kuah dia pekat sket..tapi cair jer I wat..malas nak adjust..janji rasa sedap di tekak sendiri udah...




Tuesday, February 8, 2011

Anda peminat kucing? AWAS!!!

Tiba-tiba rasa nak share kat sini pasal seekor haiwan yang dipanggil kucing..

Aku bukannlah seorang yang suka gila2 dengan kucing..takat main kejap2 jer cukup..
Tak kuasa nak bela bagi makan basuh berak kencing kucing…
Salah satu sebabnya kerana aku suka berjalan..nak tinggal kucing mesti kena ada stock makanan or kena ada orang usruskan kucing tu sepeninggalan kita..that’s not so me la kan…malas nak menyusahkan diri sendiri…baik aku bela anak sendiri..confirm ko kena bagi makan basuh berak kencing dia..itu aku la..orang lain ada pandangan sendiri..

Suatu hari, seorang saudara ada menceritakan perihal kucingnya yang berkemungkinan diracun…ceh..macam ayat buku cerita lak…
Dia tak nak menuduh sembarangan..sebab tak nampak..tapi kucing dia muntah keluar cecair kuning..
semut yang hurung makan muntah kucing tu pun mati juga…ada jiran dia pernah cakap pasal anjing liar kat area taman perumahan mereka kalau tak silap..dia cakap kalau dia senang jer..gaul jer racun tikus dengan sardine..letak kat luar biar anjing tu makan…mati….    Astaghfirullah…

Serius…walaupun aku bukanlah peminat haiwan..tapi simpati weh..kejam nyer orang tu sanggup bunuh haiwan macam tu…walaupun anjing..

Nak di jadikan cerita…sedara aku ni pun beranggapan mungkin kucing dia turut menjadi mangsa…ada sebab kenapa jadi demikian..
                                                                            ------

Apa yang aku nak share kat sini bukan nak menghukum orang yang berbuat demikian..tapi sebenarnya nak mengajak kita berfikir dimana silapnya sehingga terjadi perkara sedemikian…

Mungkin orang akan kata biasala haiwan, mana ada akal..sebab tu berak merata2..
Tapi..kita terfikir tak...tuan yang bela kucing tu ada akal tak?
Kalau berakal, kenapa biar kucing kita berak merata2 sampai berak kat laman rumah orang?

Kalau betul kita sayang binatang..uruslah sebaik mungkin..train berak dalam tandas atau sediakan pasir khas untuk dia lawas hajat kat situ..

Aku ada kawan dan sedara yang betul2 sayang kucing..tapi diorang jaga betul2..ada yang train berak kat toilet..ada yang sedia pasir..kan senang...tak ganggu jiran tetangga..

Kadang2 jiran kita mesti segan nak tegur..tambah pulak orang yang nak ditegur tu mungkin orang tua..mungkin orang tu jenis banyak cakap,pandai cakap dan asyik nak menang jer kalau cakap..mesti orang fed up nak cakap kat dia kan...

Tapi kita kena ingat..kebersihan itu amat dituntut dalam agama..pandai2 la kita jaga kebersihan..pandai2 la kita jaga hubungan dengan jiran...

Sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yg betanya tentang seorang wanita yg banyak melakukan  solat sunat, puasa sunat dan bersedekah melainkan ia menyakiti jirannya: Dia (wanita itu) di dalam neraka. {Hadith riwayat Ahmad, al-baihaqi, al-bazzar dan Ibn Hibba. Kata Al-baaniy: Hadith Soheh}

Bila baca hadith ni...aisey man...ko beribadat banyak mana pun..kalau dah menyakiti jiran tetap masuk neraka...takutnya.....so..renung2kan lah yer...


Monday, February 7, 2011

Pemantauan Kesihatan?

Kadang2 susah nak mengakuinya tapi itulah yang sebenar…

Intro tak hingat…korang jangan pikiaq lain..
Actually aku nak share some story la..somewhat macam ada unsure political dan perkauman sket..

Ingat tak dulu heboh2 pasal kerajaan runtuhkan stall org meniaga kat tepi pantai area Batu Ferringhi tu?

Kalau ikutkan naluri kita..macam kesian jer..orang meniaga..mesti sayu tengok tempat cari makan hari2 kena roboh camtu jer kan?

Aku ada sembang dengan mak aku pasal hal ni..then what my mom said really made me think differently…actually, what my dad told her la..

They said…orang tu dah meniaga bertahun2 kat situ free jer kaut untung beribu2 tak bayar langsung cukai kat kerajaan…kerajaan dah sediakan tempat untuk berniaga..dah tentu tempat tu selamat untuk berniaga..tak simply tepi jalan..kang accident la apa la..diorang tak nak pindah/ikut..lagi pun..if diorang tak register berniaga..kementerian kesihatan tak dapat nak pantau gerai diorang tu bersih dan terjamin tak makanan…

Please note that ni bukan memihak kepada mana2 kerajaan yer…ni pasal kesihatan dan kesejahteraan rakyat..so..biarlah orang nak kata ni sengaja nak jatuhkan org @$#$ ka..saja nak tunjuk kerajaan tak bagus ka...itu hal lain..

Yes..my mom agreed on that..sebab dia staff nurse..so, dia ada member kerja as Inspektor Kesihatan (IK). IK ni la yang selalu check kedai2 makan…surprisingly..memang dia cakap mostly kedai mamak mesti ada letak kas2/ganja ke apa tah yang sewaktu dengannya dalam masakan..sebab tu kita asyik ketagih jer nak makan nasi kandaq…huhu…


Renung-renungkan…



Thursday, February 3, 2011

Selamat Bercuti Semua..

Bestnya cutiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!


Wednesday, February 2, 2011

ooOOoo..kambing...patutla...

Dialog suami isteri..

Isteri: Abang..hny dah survey pakej ke Krabi..ada satu tu berkenan sangat..tapi mahal sket..mahal sket jer la…

Suami: ada apa pakej tu?

Isteri: honeymoon pakej ni ada la island hopping..gi phiphi island la..spa la..snorkeling..kalau amek yang 5 hari tu ada gi tengok rimau kot..kira ada la jalan belah hutan selain kat laut jer..

Suami: eh..suami aktiviti laut jer ker?

Isteri: a ah..krabi tu bukan pulau rupanya..tapi dia terletak tepi pantai la..pantai yang cantik..limestone…so, aktiviti laut jer la…

Suami: malas ler camni..abang tak suka ler nak aktiviti laut..

Isteri: naper? Abang takut yer...sebab tak reti berenang kan? ;p

Suami: hmmm…(sambil tersengih)

Isteri: but I like….hny kan ikan – pisces..sebab tu suka jer air…abg capricorn ek?

Suami:  a ah..capricorn…

Isteri: Capricorn apa yer?

Suami: kambing..

Isteri: oooOOOooo…kambingggg…..patutlaaaaa…patut takut air…nama pun kambing…




Tuesday, February 1, 2011

Azam Baru

Aku tak berniat nak ada sebarang azam tahun ni..
Tapi tiba2 dah terjadi sendiri…

Ni hubs nyer pasal ler ni...
Aritu dia punggah semua toiletries yg kecik2 tu sebab taknak semakkan almari dia...
Secara tak langsung..kami pun sama2 la la decide baik kita guna semua toiletries kecik yg diperoleh dari hotel la..hospital la...simpan pun bukan hari2 nak travel baru nak bawa..so...better letak dalam bathroom...guna sampai abis then leh buang..if nak simpan bekas..a few only la..biar yg praktikal untuk reuse balik..

Aku pun start ler punggah yg akunyer..terus segala losyen mosyen kecik semua aku keluarkan..terus merajinkan diri nak pakai balik..kalau tak..bertahun la bende tu semua tak bersentuh...isk...

Masih lagi dalam mode clear kan stock barang2 yg ada…perfume pun dah lama tak beli..bertimbun aku ada..botol besar da 3..botol miniature tak kira lak ada berapa..tu pun ada yg aku kurang berkenan aku lantingkan kat hubs..agak2 bau yg unisex la aku pass…
Hubs ni lak jenis yg pakai perfume macam nak mandi ke hapa...cepat nau abis...aku pakai lagi lama dari dia tak abis2...

Barangan make up pun dah lama tak beli...cuba abiskan apa yang ada..sebab memang banyak..sebab tu aku gagah juga make up ari2 gi keje although kadang2 malas...takkan nak buang kan..beli mahal..sayang barang oooiii..

Supplement lagi...isk...dulu time bujang jarang aku lupa makan supplement...lepas kawen..hancusss...bukan jarang lupa..tapi selalu lupa makan...

Sekarang...mari kita berazam habiskan segala benda dengan berhemat...kurangkan pembaziran.. ;)