Thursday, January 6, 2011

Holiday mood - a special ending of 2010

Day 1 : 26/12/10
Tour group :  30 Members
                    :  1 tour leader - Izura (Apple - Malaysia)
                    :  1 tour guide – Jennifer (Korea)
                    :  1 bus driver (Korea)
-Arrived at Incheon Airport, Seoul.
-Nami island & chuncheon myeongdong
-Lunch
-transfer to ski resort
-dinner
-Accomodation at Alpensia Holiday Inn Resort

Amaran: Story panjang..  ;p

Sampai airport jer terus tukaq dalam toilet pakai long john kat dalam dan pakai winter coat semua..kat sini aku antara yg lambat kuar toilet jugak..huhu..hubs dah bebel sket..

Gather at airport lobby..konon kena ada by 8.20am kat situ..ada around 10 mins if nak pekena kopi dulu ka..
Aku insist hubs gi tangkap gambaq kat luar bagi ada gambaq kat luar airport konon..
Hubs keberatan..but aku degil..sat jer konon..

As a result..masuk jer dalam balik tengok2 semua tour members dah tak dak kat tempat tu..erkk..

Hubs dah start membebel lagi panjang >> tu la..dah tau ni jalan ikut group..bukan kita jer..jangan pandai2 buat hal..orang Korea ni jenis punctual..mana boleh lambat..ni kita kena tinggal pandai2 la kita jalan sendiri na…bla..bla..bla..

Aku bengkek jer..bukan lambat pun..on time jer..terus aku sound >> abg membebel ni pun tak ada faedahnya..boleh buat apa? I know my mistakes and I had my lesson of coz I’ll never do it again but please stop membebel..it doesn’t help anything..terus aku tepon tour leader - Izura tanya diorang kat ner..aku tunggu kat tempat tadi..nanti dia datang amek kami..diorang baru naik bas…phewww…lega..jauhnya bas nyer tempat..patut aku jenguk kat luar tu tak nampak kelibat diorang..

Hubs terus mencuka..bad mood jer sebab aku wat hal..hope dia tak moody all the way la kan..merosakkan holiday mood jer nanti..
But of coz..i said sorry to Izura..and masa naik bas pun I apologize to others…
It seems ok..nobody cares much sebab diorang pun baru naik..semua tak settle lagi..baru dok nak passing new itenerary..passing mineral water bottles etc..lagi pun Izura said that dia pun tadi terlupa nak count people sebab ramai sangat tadi..so after this..memang kena count each time turun naik bas la kan..suppose to la kan..

Ok dah cukupla aku membebel kan sini..nak tengok gambar ketibaan dan penyebab kepada ketinggalan naik bas? ;p

Aerotrain diorang..


Muka malas nak layan ;p

Lobi airport


Pintu luar lobi penyebab kelewatan tebal gila kan coat aku? nampak macam pakai sweater dan baju berlapis2..padahal long john n sweater biasa jer..takper..janji tak sejuk badan..



Dalam bas our tour guide perkenalkan diri..english name dia Jennifer..korean name Shin Jee Hee..Malay name Jamilah..hahaha..very funny and easy going lady..memang knowledge dia banyak…on the way ke nami island tu dia cerita history..background,culture etc..memang merangkumi segala aspek sejarah,politik,ekonomi,social..lengkapla..dia pandai berinteraksi dengan kitaorang..memang terbaik la guide ni..highly recommended..

Nak ke Nami kena naik bot..mujur mood hubs dah ok..sib baik..pheww

If ada orang nak flying fox ke nami island ni pun boleh…gila tinggi dan jauh tu..but sorry..in this weather..tak hingin aku…Nami island at that time around -17 degree hokay..air sungai kat tebing tu pun dah jadi ais..kalau sungai kecik konpem beku semua dah..kawasan ni terkenal dengan pertanian jagung dan kentang..but malas nak try la..ada jual banyak tepi jeti..

nampak tiang macam kren tu rasanya utk flying fox

Nami ni diorang isyhtihar as a republic..but virtual country jer la..patutnya island tu kosong tu..di buka oleh Jeneral Nami..tu diorang guna nama dia..pastu kerajaan tanam beribu2 pokok kat situ..utk dijadikan kawasan rekreasi/pelancongan..korang mesti tau nyer ni kawasan shooting drama Winter Sonata..siap ada tugu pelakon tu kat mana 1st kiss depa..etc..sapa register kat imigresen jagi warganegara Nami leh kuar masuk naik bot free jer..hehe..tapi aku rasa applied to Korean jer kot..

with jennifer

 in da boat

tengokla sungai dah berais


Serius sejuk gila..aku pakai leather gloves tu tak tahan beb..tangan dan kaki sejuk..aku hanya pakai leather boot biasa sahaja..tak beli UGG boot or any winter boot…walaupun sejuk gila..takdak lak salji turun..maybe a few days ago ada la turun..but bila suhu naik sket..dah mencair..so, takleh nak feeling winter sonata lebih2 sebab laluan pokok tempat lakonan tu tak dilitupi salji..hanya pasir dan daunan yg dah hancur..ada a few places/grass yang ada salji..tasik dan parit beku la jugak..tapi takder la sapa nak wat ice skating kat situ..

air sungai beku 
nampak cam panas terik kan..tapi sejuk gila b*bi
asal ada salji nak bergambar..
ostrich pun ada
leh sewa beskal

tugu 1st kiss rasanya..melambak gambaq depa ni jer kat nami island ni..
feeling sonata without snow
   dah macam hindustan main celah2 pokok lak hiks
 ko hingat ko berdua jer kat situ? mimpila..
 suppose to be our group photographer,Tony..only 1st day jer ada..nanti aku story..

 beku dah jugak air tu

 time org tak dak baru kalut snap cepat2..

 aku suka sangat background yg ada tasik ni
 tak puas hati lagi..nah amek lagi pokok..

 aku dah bergambaq berdiri kat belakang diorang siap naik atas bendul platform tu pun masih aku rendah :(

 hubs mmg fail amek gambaq..aku dah pesan amek sekerat jer..tengok apa hasilnya..
 org lain pun tunggu turn..aku tak puas hati soh hubs amek skali lagi..bolehla...
 peta nami
 adik2 dari Aloq Staq..dengan parents depa ada kat tepi
 ramai org dekat unggun api sbb sejuk..aku tak dekat sangat takut baju semua bau asap hiks


  i love this pic! 
 owh..peacock pun ada

We had our lunch in Nami island..makan Kimci rice or seaweed rice for those yg taknak pedas..(cara makan-goncang tin makanan or gaul jer semua)..diorang nyer makanan mesti datang with fish soup..macam fish cake yang ranggup masuk dalam sup panas jadi lembut..standard minum warm/cold water..usually korea drink coffee after meal..only half cup..thay never pour in full cup..it is their culture..cup pun kecik jer..kita kalau bancuh kopi mau 250ml air..aku rasa diorang minum ¼ jer dari kita or less than that..lagi satu aku notice diorang makan nasi sekali sup pakai camca extra panjang dari biasa dan bulat sket but tak sebulat camca nak cedok kuah..diorang nyer copstick hohoho..aku fail la nak pakai sebab besi dan pipih lak tu..bukan bulat macam kat Mesia..sure berterabur makanan aku...>cuba bayangkan musin sejuk ko makan pakai sudu dan copstick besi yang sejuk…boleh lenguh dan ngilu aku rasa..sorry..ni perasaan sendiri saja..orang lain aku tak tau..over kan description aku.. ;p

kedai makan
fish soup
kimci rice

Solat (wuduk kat sinki toilet ayaq sejuk gedi) kat dewan berdekatan before naik bot balik..
Note: bila musim sejuk..korang susah nak berpeluh maka akan kerap kencingbuang air. Sediakan botol kosong nak tadah ayaq atau apa2 yg berkaitan untuk beristinjak yer ;p almaklum..toilet kat obersi mana ada paip ayaq macam kat mesia..kalau nak berakberhajat besaq sila tahan sampai malam, selesaikan hajat anda kat hotel jer la konpem nanti kentut busuk gila lepas dah makan kimci) takkan nak basuh calit ja dengan tisu..eeeiii..if darurat..pepandaila survive..hihi


lepas gi Nami..kami gi chuncheon myeongdong..it is a fashion street..one of the filming location..banyak boot murah..snow cap segala mak nenek jual..takler semurah dekat Seoul..but kami hanya try rice cake dan beli hot choc sahaja..rice cake dia sedap sangat makan panas2..actually lebih kepada macam kuih cara/waffle cuma tepung beras yang cair tu kat tengah dia letak kacang merah/kacang putih/ kacang apa tah aku lupa..ada 3 jenis..lembut jer..macam waffle..


macam2 jual kat chuncheon myeondong..mostly winter clothing la..



rice cake comel








pastu kami gerak nak gi ski resort..oo yeah...our trip special sket sebab ada 1 nite kat Alpensia Holiday Inn Resort..rasanya tour lain takdak stay sini..i bet mesti mahal (4 star)..sebab apartment with kitchen beb..boleh masak dan cantik pulak tu! terus berangan nak ada umah macam ni..hihi

owh..sebelum sampai resort..actually we had a dinner at a restaurant..we had pibimbap..apa itu? ala..kalau tengok drama korea dia mesti ada makan nasi gaul2 dengan macam2 bahan..seperti biasa..makanan korea mesti ada kimci..
bahan2 gaulan..
siap untuk dimakan
last skali aku tuang jer terus sup tofu (jepun panggil miso sup) dalam gaulan nasik tu..senang cerita..hihi
ski resort ni in kwan won do province dimana tempat menghasilkan tanaman seperti kobis..so, by september tu diorang dah kutip semua kobis dan mula peram nak wat kimci..musim sejuk mana nak tanam sayur yer dak..sebab tu ler kubis tu semua dijerukkan dengan garam..nanti baru marinate dengan bahan2 lain..mostly standard umah kat sini mesti ada at least 2 fridges..one for normal fridge and another one for kimci only..for young generations..they might have one small fridge for cosmetics..supaya tahan lama..3 peti ais nampak gayanya...

 
for korean..mereka pentingkan kesihatan..diorang tak suka makanan berminyak..diorang nak yang berkhasiat jer..asyik kira calorie intake jer tetiap hari aku rasa..sebab tu banyak sup..panggang2..rebus2..pastu kimci ni low calorie but nutritious..masalah sembelit? sila makan kimci...

masa sampai resort malam tu baru turun snow..well..Jenni panggil snow flakes jer...hari ketiga baru i know why...
nampak salji sikit pun dah excited dah..jakun la katakan..
lepas rehat kejap..hubs and I saja jalan2 malam tu around tempat ski..ada orang ski malam2 jugak..but tak ramai..sejuknya! bila snow tak turun..tempat ski tu dia buat salji sendiri untuk laluan ski dia..well..nama pun ski resort..takdak snow camner nak ski dak?

well..Korean time ahead 1 hour than us..kita baru kol 7pm dia dah 8pm..
but during winter ni..day time pendek jer..kira subuh around 6.10am..by 7am dah kian cerah..7.15am kot dah terbit betul..zohor 12.30..asar 4.05pm..maghrib dlm 6pm lebih kot..by 7++pm dah isyak..6.30pm tu dah gelap dah..

abisla cerita day one..gila complete aku tulis..dah boleh ganti Jenni dah ni ;p

No comments:

Post a Comment